Di peringkat permulaan, kanak-kanak hanya mengucapkan apa yang mereka dengar sahaja daripada penjaga mereka. Peringkat ini dinamakan ‘sama’ie’. Selepas beberapa ketika, kanak-kanak akan mula membina ayat atau mengungkapkan sesuatu yang tidak pernah didengarinya. Peringkat ini dinamakan ‘qiyasi’.
Justeru, setiap penuntut bahasa asing harus mengambil iktibar dari proses pertumbuhan bahasa kanak-kanak ini. Maksudnya mula dengan meniru. Di peringkat awal, cukup sekadar meniru baik dalam hal berkaitan pembentukan kata atau binaan ayat.
Sekitar 15 tahun yang lalu dalam sejarah mempelajari bahasa arab, saya sendiri melakukan perkara ini. Apa yang saya ucapkan atau tulis semuanya hasil daripada tiru, bukan memandai-mandai.