Siapakah Orang Alim?

Isi Kandungan

Antara gelaran yang sering disalahgunakan dan didakwa oleh mereka yang bukan ahlinya ialah gelaran ‘orang alim’. Orang alim itu bukan sekadar seseorang yang melilit serban di kepala, melabuhkan jubah di badan, menonjolkan janggut atau memanjangkan tasbih di tangan. Sebaliknya orang alim ialah mereka yang banyak membaca, memahami apa yang dibaca, merenungi apa yang difahami dan mengamalkan ilmu yang diketahuinya.

Antara tanda keilmuan ialah keupayaan meneliti dan menyempurnakan suatu permasalahan ilmu yang belum pernah diperbahaskan secara mendalam atau mengarang sebuah karya yang berdiri atas usaha dan pemikiran sendiri tanpa meniru hasil ulama terdahulu atau mencipta pendekatan baharu yang mendekatkan ilmu kepada masyarakat.

Antara sifat orang alim juga ialah kesediaan menerima kritikan, keupayaan membalas hujah dengan hujah yang setara serta sikap menjauhkan diri daripada kebodohan, kegopohan dan tutur kata yang kesat. Di samping itu, orang alim membersihkan dirinya daripada sikap membodek orang awam dengan omongan kosong dan membodek para penguasa melalui kemunafikan.

– Syaikh Ali al-Tantowi, kitab Maqalat Fi Kalimat hal. 181

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: