Antara tanda-tanda tak sabar dan tanda-tanda ini semuanya ada pada saya. Saya kongsikan ini supaya rakan-rakan jangan buat benda-benda ini. Sangat tidak menguntungkan.
1. Baru belajar hari ni, dah mula tanya bila nak mahir. Proses tak sempat nak nikmati, asyik kejar hasil. Saya lah tu. ππ
2. Baru faham satu tajuk, terus rasa lain macam. Sepatutnya saya kekal bertenang dan terus melayari lautan ilmu dengan tekun.
3. Suka lompat-lompat tajuk, pilih yang senang faham sahaja. Yang susah saya tinggal. Atau suka baca isi kandungan sahaja. Kita kena baca semua sebab lain penulis lain pendekatannya walaupun tajuk dekat isi kandungan sama.
4. Teruja kumpul macam-macam teknik belajar sampai tak mula-mula mengaji. Akhirnya manhaj dan teori saja banyak, tapi tak buat apa2.
5. Tak sabar nak habiskan kitab. Baca sikit, lepas tu pergi kitab lain pula. Ingat nama kitab lebih daripada ingat ilmu itu sendiri.
6. Terpengaruh dengan βstudy smartβ, konon βstudy hardβ tak perlu. Padahal saya penuntut ilmu, bukan pengejar markah exam.