Ilmu Nahu ada dua bahagian, iaitu bahagian mufradat dan bahagian murakkabat. Bahagian mufradat merujuk kepada perbahasan tentang kalimah tanpa perlu merujuknya kepada ayat, manakala murakkabat pula ialah perbahasan tentang kalimah di dalam ayat. Dari sini kita tahu bahawa strategi pembelajaran ialah menguasai bahagian mufradat terlebih dahulu, kemudian barulah beralih kepada murakkabat.
[๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ซ๐๐๐๐ญ]
1. Mula-mula fahami maksud al-Kalam (ุงูููุงู ) dan pembahagiannya secara ringkas.
2. Kemudian kuasai ุงูุฅุนุฑุงุจ ูุงูุจูุงุก. Maksudnya, dapatkan gambaran awal yang jelas tentang konsep dan pembahagian Iโrab serta konsep amil maโmul yang menjadi tulang belakang ilmu nahu. Selepas itu beralih kepada al-Binaโ dan senarai kalimah yang mabni. Seterusnya beralih kepada pembahagian tanda-tanda Iโrab berdasarkan pembahagian Iโrab sebelum ini. Dalam perbahasan tanda-tanda Iโrab ini, jangan terlepas memahami kesan huruf alif dan yaโ yang terdapat di hujung kalimah isim serta alif, waw dan yaโ yang terdapat di hujung kalimah fiโil, juga dhomir mutakklim di hujung isim terhadap kemunculan tanda-tanda Iโrab.
3. Kemudian beralih kepada isim makrifah dan isim nakirah. Mulakan dengan isim nakirah, kemudian barulah isim makrifah.
Ketiga-tiga tajuk di atas, iaitu al-Kalam, al-Iโrab wal al-Binaโ, dan Nakirah Makrifah, merupakan asas yang sama sekali tidak boleh diabaikan sebelum pergi kepada murakkabat. Kebanyakan orang yang gagal menguasai ilmu Nahu berpunca daripada kegagalan memahami bahagian mufradat ini.
[๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐๐ค๐ค๐๐๐๐ญ]
4. Kuasai โumdah terlebih dahulu, iaitu mubtadaโ khabar serta al-Nawasikh, faโil dan naib faโil.
5. Kemudian beralih kepada fadhlah, iaitu mafโul mutlaq, mafโul bihi, mafโul fihi, mafโul liajlihi, mafโul maโah, mustathna, hal dan tamyiz.
6. Selepas itu pergi kepada mudhof ilaih, iaitu yang berada di antara umdah dan fadhlah.
7. Kemudian pergi kepada perbahasan tawabiโ, iaitu naโat, atof, badal dan taukid. Selepas itu beralih pula kepada perbahasan uslub seperti ุฃุณููุจ ุงูุชุนุฌุจ, perbahasan ููุนูู ูุจุฆุณ dan perbahasan ุญูุจููุฐูุง.
8. Seterusnya beralih kepada perbahasan fiโil mudhoriโ. Di sinilah kita akan mempelajari tentang fiโil mudhoriโ marfuโ, mansub dan majzum. Pada bahagian ini juga akan dipelajari tentang ayat syarat, jumlah insyaiyyah dan seumpamanya.
Selain tajuk-tajuk yang disebut di atas, semuanya merupakan tajuk-tajuk yang bersifat subtopik. Contohnya, perbahasan al-Isytighal dalam bab maf’ul bihi, perbahasan munada, istighasah, tarkhim dan nudbah yang juga diletakkan di bawah bab maf’ul bihi, serta perbahasan ุนุฏุฏ, ููู ู, ููุฃููููู dan ููุฐุง di bawah bab tamyiz. Begitulah susunannya. Tidak ada satu pun tajuk dalam ilmu nahu melainkan akan kembali berada di bawah bab-bab besar yang telah disebutkan di atas.
Setiap bab dalam bahagian murakkabat ini pemahamannya bergantung kepada pemahaman kita terhadap bahagian mufradat tadi. Jika kita sukar memahami bahagian murakkabat, maka masalah sebenar berpunca daripada kelemahan pada bahagian mufradat.
Dalam masa yang sama, apabila hendak mengaplikasikan tajuk-tajuk dalam murakkabat ini, kita perlu menguasai ilmu sorof amali, iaitu sekurang-kurangnya menguasai semua yang melibatkan pembentukan isim dan fiโil. Itu sudah mencukupi tanpa perlu menguasai bab Iโlal dan ibdal secara mendalam.
๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐จ๐ซ๐จ๐ ๐ข๐ง๐ข , Aljahiz ada buka kelas online baru Ilmu Sorof menggunakan kitab al-Miftah karangan Imam Abdul Qahir al-Jurjani dan saya sebagai pengajarnya. Klik link di bawah untuk pertanyaan lanjut: