Tips Menguasai Penulisan Bahasa Arab

Isi Kandungan

Penguasaan penulisan dalam bahasa Arab atau mana-mana bahasa, hatta Bahasa Melayu sekalipun, tidak berlaku dalam masa yang singkat. Ia memerlukan masa, latihan dan yang paling penting, strategi yang betul. Berikut saya kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Kuasai aturan asas pembentukan kata dan ayat

Bahagian ini merujuk kepada ilmu sorof atau morfologi, tetapi tidak perlu mendalami keseluruhan perbahasannya. Fokus kepada yang praktikal sahaja. Contohnya, fiil yang bermula dengan huruf wau apabila masuk ke wazan ุงูุชุนู„, huruf wau akan digugurkan dan diganti dengan ta. Maka, ูˆุตู„ menjadi ุงุชุตู„ dan ูˆุญุฏ menjadi ุงุชู‘ุญุฏ.

Cukup faham konsep asas ini dahulu. Tidak perlu terus masuk ke bab ุงู„ุฅุนู„ุงู„ ูˆุงู„ุฅุจุฏุงู„ secra mendalam atau asal-usul bentuk kata yang terlalu teknikal.

Struktur ayat pula merujuk kepada ilmu nahu. Sama juga, tidak perlu masuk ke perbahasan yang rumit seperti ุชุนู„ูŠู„ุงุช ู†ุญูˆูŠุฉ. Cukup tahu struktur yang digunakan secara praktikal dalam komunikasi dan penulisan.

2. Latihan ayat pendek sebagai permulaan

Mulakan dengan binaan ayat pendek sahaja. Tidak perlu tulis panjang-panjang. Latihan ini penting untuk membiasakan diri dengan struktur ayat Arab. Apabila sudah mahir dan selesa, barulah susun beberapa ayat pendek menjadi satu perenggan. Dari situ, kita boleh hasilkan penulisan yang lengkap.

3. Banyakkan membaca teks

Pada peringkat seterusnya, biasakan diri membaca teks Arab. Dari situ, kita akan terdedah kepada pelbagai gaya, uslub, cara menyusun idea, membina perenggan dan sebagainya. Inilah yang akan membentuk kepekaan bahasa dalam diri seseorang, bermula dari yang sedikit dan berkembang menjadi lebih matang.

Inilah pendekatan yang saya gunakan dalam Kelas Bahasa Arab Online Aljahiz. Setiap pelajaran akan diakhiri dengan latihan binaan ayat pendek dan jurulatih akan menyemaknya satu persatu. Siapa yang rajin buat latihan, insyaAllah makin cepat mahir.

Tengok seorang peserta ni. Dia hantar latihan perlahan-lahan sahaja, tetapi istiqamah. Hasilnya MasyaAllah.

Nak sertai KBA Aljahiz bagi ambilan November? Klik link di bawah dan daftar sekarang.

www.aljahiz.my/kba/

www.aljahiz.my/kba/

Picture of Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
Ustaz Ashafizrol Ab Hamid

Pengasas Kelas Bahasa Arab Aljahiz

Kongsikan bacaan ini di: