Antara ucapan yang boleh digunakan untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada orang yang telah melakukan sesuatu kerana kita ialah :
مَا قَصَّرْتَ
Ucapan ini bermaksud ‘Kamu sudah buat yang terbaik” atau secara harafiyahnya, ‘Kamu tidak lakukan apa-apa kekurangan”. Ucapan ini biasanya digunakan dalam bahasa pertuturan. Sebutannya ‘ma gaSSart’. Sesetengah negara Arab seperti Mesir dan Syam menyebutnya ‘ma bit-aSSart’.
Ucapan ini biasanya menyusuli ucapan ‘شكرا لك ‘terima kasih’. Contohnya:
شكرا لك يا أخي ما قصرت
Contoh lain apabila kita ingin melahirkan rasa terima kasih kepada tuan rumah yang telah melayan kita dengan baik sebagai tetamu. Kita boleh gunakan ucapan di atas untuknya. Dengan ucapan ini, dia akan berasa lebih dihargai. Ucapan itu boleh juga dipanjangkan lagi dengan ungkapan-ungkapan doa seperti الله يعطيك العافية / أطال الله عمرك dan lain-lain.
Selain itu kita boleh guna ucapan-ucapan doa seperti جزاك الله خيرا dan sebagainya.