Ungkapan يَا تُرَى (ya tura) bermaksud ‘agak-agaknya…”. Ungkapan ini seringkali digunakan ketika mengajukan soalan berhubung sesuatu yang jawapannya agak kurang pasti. Contohnya:
1. Agak-agak apakah yang akan berlaku?
يَا تُرَى مَاذَا سَيَحْدُثُ؟
2. Agaknya apakah yang berlaku kelmarin?
يَا تُرَى مَاذَا حَدَثَ أَمْسِ
3. Agak-agak adakah dia akan terima aku?
يَا تُرَى هَلْ سَيَقْبَلُنِي؟