Aku & Pengajaran Bahasa arab

Soalan 1 : Bagaimana ingin membimbing pelajar dalam membina ayat? Jawapan : Suruh mereka bina ayat yang kita inginkan, bukan ayat mereka nak. Kalau biarkan mereka bina apa sahaja ayat, semua ayat akan betul jika di”copy&paste”. Soalan 2 : Bagaimana mereka nak tahu apa yang kita inginkan? Jawapan : Berikan ayat-ayat dalam […]
Fi`il & Kata Nafi

Dalam bahasa Arab, terdapat sebilangan kecil fi`il yang hadir bersama-sama dengan kata nafi tapi kata nafi tersebut tidak diterjemahkan. Contohnya: .لَمْ يَأْلُ جُهْدًا فِي مُسَاعَدَةِ صَدِيقِهِ Dia berusaha keras membantu rakannya itu. Walaupun fi`il يَأْلُو di situ hadir bersama-sama dengan kata nafi لَمْ tapi apabila diterjemahkan, kata nafi tersebut langsung tidak kelihatan. Terjemahan harafiyah fi`il […]
Nota Bahasa Arab | Tentang frasa لله دَرُّه

1. Frasa لله دَرُّهُ digunakan untuk memuji seseorang atas kebaikan atau perkara-perkara hebat yang dilakukannya. Apabila melihat seseorang menderma sejumlah wang, kita terus ucapkan kakepadanya لله دَرُّكَ. Apakah maksud asal frasa ini? 2. Menurut أبو العَلاء المَعَرِّي di dalam kitab beliau اللَّامِع العَزِيزِيُّ شرح ديوان المُتَنَبِّي, perkataan دَرّ bermaksud susu. Justeru frasa لله دَرُّهُ secara […]
Info Sorof | Huruf ta’ wazan تَفَعَّلَ dan تَفَاعَلَ adakalanya diidghamkan ke dalam huruf selepasnya jika…

1. Jika huruf selepasnya (فاء الفعل) adalah salah satu daripada dua belas huruf berikut, maka orang Arab kadang-kadang melakukan tiga perkara berikut: – Mematikan ta’ wazan تَفَعَّلَ atau تَفَاعَلَ itu; – Kemudian idghankannya ke dalam huruf selepasnya; – Kemudian datangkan hamzah wasal. Hamzah ini dipanggil همزة وصل غير قياسية. Contohnya تَطَيَّرَ akan menjadi اِطَّيَّرَ. 2. […]
Nota Bahasa Arab | Maksud dan cara menggunakan perkataan رَيْثَ

[Sementara] dalam ayat seperti “Tunggu sementara kawan kamu datang.” رَيْثَ ATURAN PENGGUNAAN: 1. Ia mesti disusuli oleh fi’il atau dengan kata lain, jumlah fi’liyyah. Contohnya انْتَظِرْ رَيْثَ يَحْضُرُ صَدِيقُكَ. Kita tidak boleh berkata, انْتَظِرْ رَيْثَ صَدِيقُكَ يَحْضُرُ. 2. Ia boleh dihubungkan terus dengan fi’il selepasnya seperti contoh di atas ATAU dipisahkan dengan ما المصدرية atau […]
Nota bahasa Arab | سُبَّنِي واصْدُقْ

سُبَّنِي واصْدُقْ (Maki aku dan jujur) Maksudnya maki aku pun tak mengapa tapi jujur. Apabila kita nak seseorang bercakap benar, kita boleh kata seperti itu kepadanya. Ungkapan ini bukan menggalakkan tindakan mencerca orang lain. Sebaliknya mengajak kita untuk bercakap benar. Jangan sesekali menipu.
Surah ‘Abasa | Ayat 1 – 16
Nota Bahasa Arab | Cara guna وَحْدِي dan الوَحِيد

أَنَا وَحْدِي Saya seorang diri. أَنَا الوَحِيدُ Saya satu-satunya CONTOH DALAM AYAT: أَقْعُدُ فِي البَيْتِ وَحْدِي Saya duduk di rumah seorang diri. أَنَا الوَحِيدُ الَّذِي نَجَحَ Saya satu-satunya yang berjaya.