Gaya terjemahan ini perlu dikekalkan bersama ciri-ciri serta keistimewaannya. Ini kerana ia mempunyai medium tersendiri untuk dipraktikkan, iaitu kitab-kitab Jawi yang sarat dengan fakta dan ilmu. Kitab-kitab ini merangkumi pelbagai bidang, khususnya ilmu agama, di samping bidang lain seperti falak, pertukangan dan perkapalan. Ada banyak lg yang masih kekal dalam bentuk manuskrip. Pakar2 manuskrip jawi boleh sahkan.
Betul, gaya terjemahan macam tu tak digunakan lagi dalam penulisan moden atau media semasa. Tapi ia tetap diperlukan untuk memahami khazanah turath peninggalan nenek moyang. Kita kena sedar bahawa karya-karya tokoh besar seperti Syeikh Arsyad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatoni, Pakdak Ei dan ramai lagi telah melahirkan generasi ulama yang sangat teliti dan mendalam dalam perbahasan mereka.