Ungkapan يَا تُرَى

Ungkapan يَا تُرَى (ya tura) bermaksud ‘agak-agaknya…”. Ungkapan ini seringkali digunakan ketika mengajukan soalan berhubung sesuatu yang jawapannya agak kurang pasti. Contohnya: 1. Agak-agak apakah yang akan berlaku? يَا تُرَى مَاذَا سَيَحْدُثُ؟ 2. Agaknya apakah yang berlaku kelmarin? يَا تُرَى مَاذَا حَدَثَ أَمْسِ 3. Agak-agak adakah dia akan terima aku? يَا تُرَى هَلْ سَيَقْبَلُنِي؟

Kepentingan Memilih dan Memperbagaikan Bahan Bacaan Dalam Pembelajaran Bahasa Arab

Selain tatabahasa Arab, bahan bacaan amat penting dalam menentukan tahap penguasaan bahasa Arab seseorang. Seseorang yang pembacaannya hanya tertumpu pada sesuatu bidang sahaja tidak mungkin dapat menguasai bahasa Arab dengan baik berikutan kosa kata yang dimilikinya agak terhad. Misalnya, jika dia hanya membaca buku fekah, tauhid dsb maka tidak pelik kalau dia tidak tahu mengatakan […]

Tips Menguasai Bahasa Arab (1)

Disebabkan perbezaan persekitaran, budaya dan cara berfikir antara masyarakat Arab dan Melayu, cara orang Arab mengungkapkan sesuatu menggunakan bahasa mereka agak berbeza dengan cara kita menggungkapkannya. Justeru, apa yang perlu kita buat adalah meniru. Maksudnya, selain mencari padanan perkataan ‘sedih’ untuk menyatakan kesedihan, apakah ungkapan lain yang digunakan orang Arab untuk menyatakan maksud kesedihan. Apakah […]

Menghurai Ilmu Nahu Kepada Orang Melayu

Menghuraikan ilmu Nahu kepada orang Melayu akan melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama adalah mengulangi semula apa yang diperkata dan dibincangkan oleh para sarjana Arab dengan menggunakan cara dan bahasa seperti yang mereka gunakan. Peringkat ini sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka mana-mana buku Nahu dan menterjemahkan apa yang boleh diterjemah dan mengekalkan apa […]