Disebabkan perbezaan persekitaran, budaya dan cara berfikir antara masyarakat Arab dan Melayu, cara orang Arab mengungkapkan sesuatu menggunakan bahasa mereka agak berbeza dengan cara kita menggungkapkannya. Justeru, apa yang perlu kita buat adalah meniru.
Maksudnya, selain mencari padanan perkataan ‘sedih’ untuk menyatakan kesedihan, apakah ungkapan lain yang digunakan orang Arab untuk menyatakan maksud kesedihan.
Apakah ungkapan yang digunakan untuk melahirkan rasa marah, rasa cemburu, rasa teruja, rasa terkilang, rasa putus asa dll. Bagaimana mereka menggambarkan suasana kelam kabut, hingar bangar, riuh rendah dsb. Bagaimana mereka menggambarkan kemaraan, kemunduran? Bagaimana mereka mengugut, memperkecilkan seseorang, memarahi dll.
Di dalam bahasa Arab terdapat beberapa frasa nafi yang apabila diterjemahkan ke dalam Melayu, frasa nafi tersebut sudah tidak kelihatan. Contohnya (لابد) tidak dapat tidak = mesti, (لم يأل جُهْدًا) tidak mengurangkan walaupun sedikit usaha = berusaha keras, (لا يكاد) tidak hampir = sukar, dsb. Kita perlu peka dengan semua ini.
Setiap hari, tulis dua atau tiga ayat yang sering digunakan, kemudian mula mengintai di sebelah sana (Arab) apakah ucapan mereka untuk maksud yang sama.
Cara ini amat baik untuk menghilangkan apa yang dipanggil sebagai ‘laknah’, iaitu pengaruh bahasa ibunda.