Mari Baca Teks Bahasa Arab bersama Ustaz Saiful
Mari Bina Ayat Bahasa Arab Bersama Ustaz Khairul Najmi
Apakah perbezaan di antara ليلًا ونَهارًا dan لَيْلَ نهارَ?

1. Dari sudut makna kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu siang dan malam / siang malam. Contohnya : يأتِيني ليلًا ونهارًا / لَيْلَ نَهارَ “Dia datang kepadaku siang dan malam / siang malam.” 2. Dari sudut i’rab, kalimah ليْلًا dalam frasa ليلًا ونَهَارًا adalah zorof mansub (maf’ul fihi) dan نهارًا adalah ma’thuf disebabkan huruf واو. […]
Macam mana nak I’rab angka-angka belasan seperti أَحَدَ عَشَرَ dalam ayat seperti جَاءَ أَحَدَ عَشَرَ طَالِبًا?

1. Semua angka belasan kecuali اثْنَا عَشَرَ berikut : جاءَ أَحَدَ عَشَرَ طالبًا أَحَدَ عَشَرَ : اسْم مَبْنِيٌّ عَلَى فَتْحِ الجُزْئَيْنِ في محَلِّ رَفْعٍ فَاعل / عَدَدٌ مُرَكَّبٌ مبني …. “Isim yang kedua-dua bahagian gabungannya statik dengan baris fathah, berada di tempat marfu’ sebagai fa’il.” Kiaslah dengan semua angka belasan yang lain kecuali اثْنَا عَشَر […]
Susun atur Matan Alajurrumiyyah
Pecahan Mubtada dan Khabar – Huraian Alfiyyah Ibn Malik
Menentukan muta’allaq Jar Majrur الجار والمجرور dan kedudukan I’rabnya

1. Muta’allaq adalah unsur tertentu dalam ayat yang diterangkan oleh jar majrur. Contoh dalam bahasa Melayu “Ahmad berada di dalam Rumah.” Frasa “di dalam rumah” itu menerangkan perkataan “berada”. Jadi perkataan “berada” itulah yang disebut sebagai مُتَعَلَّق. Kalau ayat “Ahmad di dalam rumah” pula di manakah muta’llaqnya? Di sini ulamak Nahu mengandaikan “berada” itu. Ini […]
Apakah i’rab dhomir munfasil marfu’ yang terdapat selepas إنْ الشرطية / إذا الشرطية dalam ayat seperti إِنْ أنْتَ فعلتَ ذلك / إذا أنت فعلت ذلك?

1. Dhomir munfasil tersebut adalah fa’il kepada fi’il yang ditakdirkan selari dengan fi’il yang dinyatakan selepasnya, iaitu فعلْتَ. Asalnya adalah إنْ فعَلْتَ فَعَلْتَ ذلك. Struktur ini kerap digunakan oleh Imam Abdul Qahir al-Jurjani di dalam دلائل الإعجاز. Contohnya : إن أنت زعمتَ .. / إذا أنت أردتَ.. / إذا أنت لم ترِدْ .. / إنْ […]
Maksud frasa بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي atau بِأَبِي هُوَ وَأُمِّي

1. Frasa ini kerap ditemui dalam teks-teks hadis. Maksudnya ialah “Aku sanggup tebus engkau dengan bapa dan ibuku.. / Aku sanggup tebus dia dengan ayah dan ibuku..” atau padanan terjemahan lain yang sesuai. Frasa ini menggambarkan kasih tidak berbelah bahagi para sabahat terhadap Rasulullah s.a.w sehinggakan jika keadaan memerlukan ayah dan ibu mereka sebagai ganti […]
Urutan Kitab al-Balaghah untuk ditekuni

1. Mula dengan البلاغة الواضحة karangan علي الجارم dan مصطفى أمين. Bila sudah dapat gambaran keseluruhan ilmu balaghah dan berjaya menghafal sebilangan besar syawahid balaghah, tiba masa untuk menghafal matan. 2. Mula dengan الجوهر المكنون karangan الأَخْضَري pengarang matan al-Sullam ilmu Mantiq itu. Matan ini jika tidak termasuk mukaddimah dan khatimah mencecah lebih kurang 260 […]