Februari 22, 2023
Nun Niswah dan Jamak Qillah
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Nun niswah (Arab: نُون النِّسْوَة) mempunyai hubungan yang rapat dengan jamak taksir qillah (Arab : جَمْعُ التَّكْسِير لِلْقِلَّة). Ini kerana menurut amalan orang-orang Arab yang seterusnya dijadikan kaedah umum adalah nun niswah akan dipadankan dengan jamak qillah (Arab: جَمْع القِلَّة), manakala ta’ al-ta’nith pula dipadankan dengan jamak kathrah (Arab: جَمْع الكَثْرَة).

Tapi sebelum itu diingatkan bahawa perkara ini adalah berkenaan dengan jamak taksir li ghair al-‘Aqil (Arab: جَمْع التَّكْسِير لِغَيْر العَاقِل). Misalnya perkataan أَحْرُف, ia adalah binaan jamak qillah. Sementara binaan jamak kathrah pula ialah حُرُوف. Jadi apabila binaan fi`il hadir selepas jamak qillah, maka seeloknya fi`il tersebut dihubungkan dengan nun niswah dan jika ia hadir selepas jamak kathrah maka seeloknya dihubungkan dengan ta’ al-ta’nith. Misalnya عِنْدَنَا أَحْرُف كُتِبْنَ بِخَطٍّ عَرِيضٍ dan عِنْدَنَا حُرُوف كُتِبَتْ بِخَطٍّ عَرِيضٍ.
.

Cuba perhatikan, selepas perkataan أَحْرُف fi`ilnya, iaitu كُتِبْنَ dihubungkan dengan nun niswah. Sementara selepas perkataan حُرُوف pula fi`ilnya, iaitu كُتِبَتْ dihubungkan dengan ta’ al-ta’nith.
.
.

Persoalannya sekarang apakah yang dimaksudkan dengan jamak qillah dan jamak kathrah. Jamak qillah (Arab: جَمْع القِلَّة) merujuk kepada empat jenis binaan jamak taksir yang digunakan untuk menunjukkan objek yang bilangannya tidak kurang dari tiga dan tidak lebih dari sepuluh. Empat binaan tersebut ialah أَفْعُلُ seperti أَحْرُفأَفْعَال seperti أَجْدَادأَفْعلَة seperti أَزْمِلَة dan فِعْلَة seperti فِتْيَة. Selain binaan ini dianggap sebagai jamak kathrah (Arab: جَمْع الكَثْرَة), di mana bilangannya melebihi tiga dan ke atas.
.

Jadi menurut apa yang dijelaskan di dalam buku al-Nahw al-Wafi 4/629, ayat رَأَيْتُ أَذْرُعًا امْتَدَدْنَ lebih baik dari ayat رَأَيْتُ أَذْرُعًا امْتَدَّتْ dengan menggunakan ta’ al-ta’nith kerana perkataan أذْرُع adalah jamak qillah. Seterusnya kata pengarang al-Nahw al-Wafi lagi, ayat لِوَالِدٍ أَيَادٍ غَمَرَتْ أَبْنَاءَهُ lebih baik dari ayat لِوَالِدٍ أَيَادٍ غَمَرْنَ أَبْنَاءَهُ dengan menggunakan nun niswah kerana perkataan أَيَادٍ bukan jamak qillah, sebaliknya jamak kathrah.

Kongsikan Artikel Ini: