Inilah yang perlu dilakukan jika kita ingin kuasai sesuatu bidang ilmu. Dapatkan sebuah buku yang dirasakan agak lengkap dalam sesuatu bidang yang ingin dikuasai tersebut dan baca berulang-ulang kali.
Jika tidak lakukan perkara ini, maka selagi itulah maklumat berkaitan bidang tersebut tidak kemas. Kita mungkin boleh jadi pengkaji yang hebat, tapi malangnya maklumat tidak terkumpul di dada dan tidak teratur. Setiap kali diajukan soalan setiap kali itulah kita meraba-raba mencari jawapan.
Kita boleh lakukan, InsyaAllah.
Setelah diulang baca berkali-kali, kita beralih ke buku lain pula. Ketika ini bacaan akan menjadi lebih cepat kerana kebanyakan maklumat sudah diketahui dan diingat dengan baik.
Bacalah wahai Ashafizrol! Jangan malas! Saya tengah duk kata kat diri sendiri ni😅