Mei 4, 2024
Antara memahami maksud teks bahasa sumber & menggunakan bahasa sasaran
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Bila anda berkata “saya tertinggal pen di dalam kereta”, maksudnya adalah anda lupa membawanya bersama-sama anda. Jadi ayat ini diterjemahkan seperti berikut :

نسيت القلم في السيارة

Jika anda menterjemahnya menggunakan تركت القلم في السيارة, ia sudah tidak lagi menunjukkan perihal terlupa. Anda memang sengaja meletakkannya di dalam kereta.

Begitu juga dengan ayat “Apa masalah kamu?”. Jika diterjemahkan sebagai ما مسألتك, maka maksudnya ialah “apakah permintaan kamu?”. Perkataan yang sesuai untuk maksud “masalah” dalam ayat di atas ialah مشكلة, bukan  مسألة, sebab maksud مسألة  ialah persoalan, permintaan dsb.

Begitu juga dengan “mereka menfitnah saya”, bukan  فتنوني, sebaliknya افتروا عليّ.

Kongsikan Artikel Ini: