1. Bagi yang biasa membaca kitab-kitab turath, ungkapan seperti ini akan selalu dijumpai. Contohnya :
بخلاف ما لو عكست ..
بخلاف ما لو كان جاهلا…
2. Persoalannya apakah i’rabnya ?
JAWAPAN : Huruf باء adalah باء زائدة dan خلاف adalah khabar kepada mubtada’ yang digugurkan, taqdirnya وهذا / وذلك بخلاف. Untuk makluman, biasanya باء زائدة hanya hadir ke atas khabar ما, ليس, nafi كان dan لا sepertimana yang dikatakan oleh Ibn Malik :
وَبَعْدَ مَا وَلَيْسَ جَرَّ البَا الخَبَرَ # وَبَعْدَ لَا وَنَفْىِ كان قَدْ يُجَرْ
“Selepas ما dan ليس huruf ba’ menjarkan khabar…. “
Namun dalam kes بخلاف ini ia agak berbeza kerana ia bukan dalam konteks ayat nafi. Keadaan ini, iaitu باء زائدة digunakan dalam ayat bukan ayat nafi agak jarang berlaku. Contoh باء زائدة yang digunakan dalam ayat bukan ayat nafi (ayat penyata) dalam al-Quran ialah : جزاء سيئةٍ بِمثلِها. Yang menunjukkan bahawa ia adalah باء زائدة adalah ayat : وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُها. Kesimpulannya باء tadi adalah باء زائدة.
3. I’rab tadi itu jika diungkapkan dalam bahasa Arab maka bunyinya adalah seperti berikut :
بخلاف : الباء زائدة و(خلاف) مجرور لفظا بالباء الزائدة ومرفوع محلا خبر لمبتدأ محذوف تقديره وهذا بخلاف …
4. Selain itu kita juga boleh anggap bahawa باء itu bukan zaidah, sebaliknya huruf jar biasa yang mempunyai muta’llaq (*Huruf jar zaidah tak ada muta’allaq). Muta’allaqnya adalah ملتبس / يلتبس. Penjelasan i’rab kedua ini agak panjang dan saya tidak berhasrat melebarkannya dalam hantaran ini. Cukup dengan i’rab cara pertama tadi.
5. Berhubung ما لو , apakah i’rabnya?
JAWAPAN : Huruf لو itu adalah huruf masdar. Fi’il selepas لو المصدرية ini akan ditakwil sebagai masdar. Contohnya :
بخلاف ما لو قال = بخلافِ قولِهِ
بخلاف ما لو كان جاهِلًا = بخلافِ كونِهِ جاهِلًا
بخلافِ ما لو عَلِمُوا = بخلافِ علْمِهِمْ
** Biasanya ia digunakan selepas fi’il وَدَّ يَوَدُّ.
6. Apakah status ما yang terdapat sebelum لو?
JAWAPAN : Ia adalah ما الزائدة yang biasa ditambah di antara mudhof dan mudhof ilaih dalam frasa-frasa tertentu. Contohnya :
غير مَا مرَّةٍ bukan sekali / berkali-kali
غير مَا ذنْبٍ tanpa sebarang dosa
7. Apakah kedudukan i’rab masdar muawwal لو قال dan seumpamanya yang berada selepas بخلاف ?
JAWAPAN : Ia adalah mudhof ilaih kepada خلاف. Jadi i’rab penuhnya ialah :
بخلاف ما لو قال..
[ بخلاف ] : الباء زائدة و(خلاف) مجرور لفظا بالباء الزائدة ومرفوع محلا خبر لمبتدأ محذوف تقديره وهذا بخلاف، وهو مضاف.
[ ما ] : زائدة. [ لو ] : حرف مصدري. [ قال ] : فعل وفاعل ولو المصدرية والفعل بعدها في تأويل مصدر تقديره قوله في محل جر مجرور بالإضافة.