1. Maf’ul bihinya adalah ما الموصولة yang terdapat sebelum يُحِبّ yang kedua.
2. Dengan mengetahui perkara ini maka tahulah kita bahawa makna hadis ini ialah :
“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia suka untuk dirinya apa yang dia suka untuk saudaranya.”
Contoh jika dia suka agar dirinya dinaikkan pangkat maka dia juga suka saudaranya naik pangkat, dia suka dirinya dipuji maka dia pun suka saudaranya dipuji. Begitulah.
Bukan “sehingga dia suka saudaranya seperti dia suka dirinya.” Kalau itulah maksudnya maka sudah tentu ungkapannya akan berbunyi حتّى يحِبَّ أخاه dengan meletakkan kalimah أخ (saudara) sebagai maf’ul bihi.
3. Kemudian berpandukan hadis riwayat lain yang berbunyi :
ما يحِبُّ لنفسِهِ من الخَيْرِ
Yakni ada tambahan من الخير, maka fahamlah kita bahawa maksudnya adalah :
“ …. sehinggalah dia suka untuk saudaranya segala kebaikan yang dia suka untuk dirinya.”
Dalam ilmu Nahu huruf jar مِن dalam frasa مِن الخيْر itu dipanggil بيَانِيَّة لِما المَوصُولَة “menerangkan ketidakjelasan ما الموصولة”.
4. Jika ditanya apakah fungsi huruf jar لام pada لأخِيه, maka jawabnya ia adalah للاختصاص.
Maksud al-Ikhtisas seperti yang diterangkan oleh ناظر الجَيْش dalam kitab تمهيد القواعد بشرح تسهيل الفوائد bahagian huruf jar adalah :
تخْصِيص مَدخُولِها بالمذْكورِ مَعَها
“Mengkhususkan kalimah yang dimasuki oleh lam (لام الاختصاص) dengan apa yang disebut bersama-samanya.”
Contohnya اِعْمَلْ لِزيدٍ قَهْوَةً (buatkan kopi untuk Zaid). Asalnya umum, iaitu اعمل قهوة (buatkan kopi). Kemudian dimasukkan lam (لام الاختصاص) ke atas زيد, maka dengan itu apa yang disebut (buat kopi) akan menjadi khusus untuk Zaid. Inilah maksud الاختصاص.
** Perbahasan لام di antara maksud الاختصاص, التمليك dan الاختصاص perlukan hantaran lain.
5. Dalam konteks hadis yang sedang diperkatakan ini maka menyukai perkara-perkara baik itu asalnya umum tanpa mengaitkannya untuk sesiapa tapi dengan frasa لأخيه itu maka ia menjadi khusus untuk saudaranya, yakni saudara seislam. Firman Allah swt إنما المؤمنون إخوة “Hanya sanya orang Islam itu adalah saudara-mara.”