Februari 19, 2023
Apakah maksud لمَّا كانَ من غَدٍ dan apakah i’rab من غد di situ?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Struktur ini bermaksud “Apabila tiba keesokan harinya..”. Contoh lain ialah :

لما كانَ من الليل ، لما كان من العام المُقْبِل، حتى إذا كان مِن آخرِ الليل

Kita boleh terjemah, “(1) apabila malam menjelang, apabila malam sahaja, (2) tiba sahaja tahun hadapan, apabila datangnya tahun hadapan, (3) sehingga apabila tibanya akhir malam” atau sebarang terjemahan lain yang sesuai asalkan rakan-rakan tahu apa yang saya akan terangkan menerusi perkara-perkara berikut.

2. Fi’il كان dalam semua contoh di atas adalah كان التامَّة yang bermaksud حَضَرَ. Oleh sebab itu padanan “datang, tiba, menjelang dsb” digunakan dalam terjemahan.

3. Huruf jar مِنْ di situ bermaksud “sebahagian”. Maksudnya “apabila tiba sebahagian daripada malam”, “sebahagian daripada tahun hadapan”. Tahun hadapan misalnya ialah 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2024. Jadi hari pertama, iaitu 1 Jan 2024 adalah sebahagian daripada tahun hadapan.

4. Bagaimana kita ingin i‘rab مِنْ غَدٍ ?

JAWAPAN :

4.1. Kebanyakan ulamak Nahu melihat bahawa huruf jar مِنْ di situ adalah مِن البيانية yang menerangkan lafaz yang digugurkan. Lafaz yang digugurkan itu adalah fail kepada كان التامة. Asalnya ialah لما كَانَ شيءٌ من غَدٍ, yakni لما حضر شيء من غد.

كان : تامّة بمعنى حضر وفاعله محذوف دلت عليه من البيانية والتقدير لما حضر شيء من غد.

من غدٍ : متعلقان بكان التامة

4.2. Sebahagian ulamak yang mengaruskan huruf jar boleh datang sebagai taukid dalam ayat penyata (جملة مثبتة) berkata bahawa مِن di situ adalah زائدَة dan غدٍ adalah fa’il kepada كان التامة.

كان : تامة بمعنى حضر

من : زائدة

غدٍ : مجرور لفظا ومرفوع محلًّا على الفاعلية

Jika diirab sebegini maka dari sudut ilmu bayan, ia adalah majaz mursal, من إطلاق الكل وإرادة البعض.

4.3. Sebahagian ulamak seperti al-Zamaksyari berpandangan مِنْ di sini adalah isim yang bermaksud بعْض. Jadi لما كان من غدٍ maknanya ialah لما حضر بعضُ غدٍ. Begitu juga dengan contoh-contoh lain.

لما حضر بعض الليل / بعض العام المقبل / بعضُ آخرِ الليل

Cara i’rab mengikut pandangan ini adalah :

كان : تامة بمعنى حضر

من : اسمٌ بمعنى بعض، مبني على السكون في محل رفعٍ فاعل كان التامة وهو مضاف

غدٍ / الليل / العام / آخر : مضاف إليه مجرور

Ramai ulamak-ulamak mu’ribin (معربين) yang gemar menggunakan kaedah i’rab ini walaupun ia bukan pilihan majoriti ulamak Nahu.

Kongsikan Artikel Ini: