1. Terdapat beberapa maksud yang direkodkan untuk kalimah هَن ini. Ada yang berkata ia digunakan sebagai panggilan kepada semua jenis isim jins (Arab : اسْم جَنْس) seperti panggilan untuk رَجُل, فَرَس dan sebagainya. Ada yang berkata ia digunakan sebagai panggilan kepada sesuatu yang penutur tidak mahu menyebutnya dengan jelas atas sebab-sebab seperti jijik dsb. Ada juga yang berkata ia digunakan khas untuk merujuk kepada kemaluan perempuan.
2. Berhubung penggunaan orang Arab terhadap kalimah هَن, kebanyakan orang Arab menuturnya sepertimana mereka menuturkan kalimah غَد. Yakni alamat i’rabnya sama seperti isim mufrad yang lain, iaitu dhammah ketika marfu’, fathah ketika mansub dan kasrah ketika majrur. Contohnya :
جَاءَ هَنُكَ / رَأَيْتُ هَنَكَ / مَرَرْتُ بِهَنِكَ
3. Dalam pada itu ada juga sebilangan kecil orang Arab menuturnya seperti أبُوك, iaitu جَاءَ هَنُوكَ, رَأَيْتُ هَنَاكَ dan مَرَرْتُ بِهِنِيكَ.
Kata Ibn Hisyam dalam Syarh Qatrinnada,
Sibawaih merekodkan loghat ini di dalam kitabnya dan loghat ini tidak dijumpai oleh al-Farra’ dan al-Zajjajiyy. Disebabkan tidak jumpa maka mereka tidak memasukkan هَن dalam kategori isim-isim yang tanda i’rabnya adalah waw ketika marfu’, alif ketika mansub dan ya’ ketika majrur. Bagi mereka hanya ada lima isim sahaja yang tanda i’rabnya adalah waw ketika marfu’, alif ketika mansub dan ya’ ketika majrur. Ia adalah isim-isim lima (Arab: الأسْمَاء الخَمْسَة), bukan isim-isim enam (Arab : الأَسْمَاء السِّتَّة).
4. Walaupun Sibawaih meletakkannya dalam kumpulan isim yang tanda i’rabnya adalah waw ketika marfu’, alif ketika mansub dan ya’ ketika majrur, namun beliau dan juga ulama-ulama Nahu selepasnya tetap berpendirian bahawa penggunaan هَن yang paling fasih adalah dengan menuturkannya seperti kalimah غَد. Maknanya هَذَا هَنُكَ lebih fasih berbanding هَذَا هَنُوكَ. Sabda Nabi saw :
مَنْ تَعَزَّى بِعَزَاء الجَاهِلِيَّةِ فَأَعِضُّوهُ بِهَنِ أَبِيهِ وَلَا تَكْنُوا
“Siapa yang menyeru dengan seruan Jahiliyyah, maka katakan kepadanya, “Sila gigit kemaluan ayahmu!”. Kata terus terang dan jangan berlapik lagi”.
5. Maksudnya sekalipun kita anggap هَن adalah sebahagian daripada isim-isim yang tanda i’rabnya adalah waw ketika marfu’, alif ketika mansub dan ya’ ketika majrur serta kita memanggilnya isim-isim enam (الأسماء السِتَّة), namun kita tetap mengatakan bahawa yang terbaik untuk هَن adalah tanda i’rabnya dhammah ketika marfu’, fathah ketika mansub dan kasrah ketika majrur. Kata Ibn Malik ;
فَارْفَعْ بَوَاوٍ وَانْصِبَنَّ بِالأَلِف # وَاجْرُرْ بِيَاءٍ مَا مِنَ الأَسْمَا أَصِفْ
“Rafa’kan dengan waw dan nasabkan dengan alif dan jarkan dengan ya’akan isim-isim yang akanku sebut.”
مِنْ ذَاكَ ذُو إِنْ صُحْبَةً أَبَانَ # والفَمُ حَيْثُ المِيمُ منه بَانَ
“Antara yang akanku sebut itu adalah kalimah ذُو sekiranya maksudnya sama seperti صَاحِب dan kalimah فَم bila huruf mimnya terpisah daripadanya.”
أَبٌ أَخٌ حَمٌ كَذَاك وَهَنُ # وَألنَّقْصُ فِي هَذَا الأَخِيرِ أَحْسَنُ
“Kalimah أَب, أَخ dan حَم sama seperti itu juga, dan kalimah هَن. Namun dibaca secara نَقْص (kurang huruf) pada yang terakhir, iaitu هن adalah lebih baik.”
[Lughah النقص merujuk kepada kurangnya huruf ketiga kalimah isim. Secara prinsipnya kalimah isim mu’rab tidak kurang daripada 3 huruf. Kalau kita lihat kalimah isim dua huruf itu hakikatnya ia adalah tiga huruf seperti دَم asalnya adalah دَمَيٌ atau ia adalah isim mabni seperti هُوَ dsb.]
5. Jadi nak panggil الأسماء الخمسة atau الأسماء الستة? Panggillah apa pun asalkan kita tahu ceritanya.