Februari 19, 2023
Apakah perbezaan di antara ليلًا ونَهارًا dan لَيْلَ نهارَ?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Dari sudut makna kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu siang dan malam / siang malam. Contohnya :

يأتِيني ليلًا ونهارًا / لَيْلَ نَهارَ

“Dia datang kepadaku siang dan malam / siang malam.”

2. Dari sudut i’rab, kalimah ليْلًا dalam frasa ليلًا ونَهَارًا adalah zorof mansub (maf’ul fihi) dan نهارًا adalah ma’thuf disebabkan huruf واو.

Manakala frasa لَيْلَ نَهارَ pula akan di’rab seperti berikut :

ليلَ نهارَ : ظرفٌ مبنيٌّ على فَتْحِ الجزئَيْنِ في محلِّ نصبٍ، مفعولٌ فيه

“Zorof yang statusnya adalah mabni, iaitu statik dengan baris fathah di kedua-dua bahagian. Zorof itu berada di tempat mansub sebagai maful fihi.”

3. Kata Abu Hayyan rahimahullah di dalam kitab syarah beliau terhadap تسهيل ابن مالك, yang berjudul التذييل والتكميل dalam باب العدد :

هذا النوع من الظرف المركب مسموع

“Zorof murakkab seperti ini adalah berdasarkan apa yang didengar sahaja.”

Maksudnya sama’ie, bukan qiyasi. Antara yang direkodkan adalah :

ليلَ نهارَ = كل ليلٍ وكل نهارٍ

صباحَ مساءَ = كل صباحٍ وكل مساءٍ

يَومَ يومَ = كل يومٍ

حينَ حينَ = كلَّ حينٍ

أزمانَ أزمانَ = كل زَمنٍ

Tiga yang terakhir di atas kurang mendapat tempat dalam penggunaan bahasa Arab hari ini.

4. Murakkab seperti ini termasuk dalam kategori murakkab mazji (مُرَكَّب مَزْجِي), iaitu murakkab yang bahagian keduanya tidak boleh dianggap fa’il atau khabar (murakkab isnadi), bahagian keduanya tidak boleh dianggap sifah (murakkab wasfi) dan bahagian keduanya tidak boleh dianggap mudhof ilaih (murakkab idhofi).

Kalau bukan isnadi, wasfi atau idhofi maka murakkab itu adalah murakkab mazji.

5. Murakkab bukan isim ‘alam yang dianggap sebagai murakkab mazji ialah :

5.1. Murakkab ‘adadi (المركب العددي) seperti ثلاثةَ عشَرَ

5.2. Murakkab zorfi (المرَكَّب الظَّرفِي) seperti بينَ بينَ, صباحَ مساءَ dsb.

5.3. Murakkab hali (المركب الحَالِي) seperti كَيْتَ وكَيْتَ, ذَيْتَ وذَيْتَ. Berhubung murakkab hali ini terdapat sedikit khilaf dalam kalangan ulama Nahu.

Abbas Hasan di dalam النحو الوافي menerusi باب كنايات العدد merumuskan bahawa كيت وكيت adalah murakkab mazji hali (مركب مزجي حالِيّ).

Bagi ulamak Nahu silam mereka tetap melihatnya sebagai jumlah, bukan sebagai kalimah. Walaupun kata mereka ia adalah كناية عن الجملة, namun apabila mereka melihat ayat seperti :

كان من الأمرِ كيتَ وكيتَ

“Sebahagian daripada perkara itu adalah sekian sekian..”

Dalam ayat seperti ini mereka menyimpulkan bahawa isim كان dalam ayat itu adalah ضمير الشأن, bukan كيت وكيت itu. Ini menunjukkan bahawa mereka tetap melihatnya sebagai jumlah dan jumlah tidak boleh di’irab sebagai isim كان. Di sini Abbas Hasan berbeza pendapat dengan ulamak Nahu silam.

Rujuk kitab تعليق الفرائد على تسهيل الفوائد oleh al-Damamini (الدًّمَامِيني). Beliau menukilkan komentar الفارسي dan pujian ابن هشام terhadap الفارسي berhubung pendapat beliau bahawa isim كان dalam ayat كان من الأمر كيت وكيت adalah ضمير الشأن.

6. Jangan hilang fokus disebabkan perkara 5.3. Itu hanyalah sedikit penjelasan tentang المرَكَّب الحالِيّ. Topik utama perkongsian ini adalah berhubung zorof murakkab ليلَ نَهارَ dan sebagainya di mana statusnya adalah mabni.

Kongsikan Artikel Ini: