Disember 4, 2022
Bagaimana cara tulisnya? بن atau ابن?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Cara tulisnya بن atau ابن dengan alif sebelumnya?

  1. Jika kalimah بن berada di antara dua isim ‘alam (kata nama khas) secara langsung tanpa pemisah maka alif tidak perlu ditulis. Contohnya (isim + isim)

عَبْدُ اللهِ بْنُ عُثْمانَ / مُحَمَّدٌ بْنُ عَبْدِ اللهِ

Jika tidak secara langsung, seperti dipisahkan oleh sesebuah kalimah lain, maka alif akan dikembalikan. Contohnya :

مُحَمَّدٌ هُوَ ابْنُ عبدِ اللهِ

Jika bukan di antara dua isim ‘alam, maka alif dikekalkan. Contohnya :

الفَلَّاحُ ابْنُ الفَلَّاحِ petani anak petani

  1. Isim ‘alam ini termasuklah kunyah كُنْيَة (nama yang bermula dengan أبو atau أم dsb) dan laqab لَقَب (gelaran). Contohnya : (kunyah + kunyah)

أَبُو بَكْرٍ بنُ أَبِي قُحافَةَ

(Laqab + laqab)

الكَريمُ بْنُ الكَرِيمِ بْنِ الكَريمِ بْنِ الكَريمِ

Murujuk kepada Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq alaihimsalam.

  1. Asalkan sesama isim ‘alam tidak kira kunyah atau laqab hukumnya tetap sama, iaitu alif tidak perlu ditulis sebelum ب. Contohnya :

عبدُ اللهِ بْنُ أبِي قُحافَةَ (اسم + كنية)
أبو بَكْرٍ بْنُ عُثْمانَ (كُنْيَة + اسم)
الصِّدِّيقُ بْنُ عُثْمانَ (لقب + اسم)

  1. Jika kalimah ابن tidak berada di antara dua isim ‘alam maka alif perlu ditulis. Contohnya :

هذا ابْنُ عبدِ اللهِ / جاءَ ابْنُ عُثْمانَ

  1. Berhubung dengan isim ‘alam tadi, sekiranya selepas ابن adalah ibu atau bukan ayah maka alif tidak perlu digugurkan. Misalnya :

إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ – النساء : ١٧١

Kalimah selepas ابن bukan ayah, sebaliknya ibu. Ketika ini alif tidak digugurkan.

Contoh lain :

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ – التوبة : ٣٠

Disebabkan الله bukan ayah kepada Uzair dan Isa seperti yang didakwa oleh Yahudi dan Nasrani, maka alif pada ابن tidak digugurkan walaupun dia berada di antara dua isim ‘alam (kata nama khas).

  1. Kalimah ابْنَة (anak perempuan) sama keadaannya seperti ابْن (anak lelaki). Kita boleh pilih sama ada ingin tulis فاطِمَةُ بْنَةُ محمَّدٍ atau فاطِمَةُ بِنْتُ محمَّدٍ. Perbezaan di antara بنت dan بْنة InsyaAllah saya akan terangkan pada kesempatan lain.
  2. Merujuk perkara (1) di atas, sebenarnya ada satu lagi perincian, iaitu kalimah بن mestilah sifat / na’at kepada isim ‘alam yang pertama.

Jika i’rabnya adalah khabar kepada isim ‘alam yang pertama, maka alif tidak boleh digugurkan. Contohnya orang bertanya, Siapakah Muhammad itu? Muhammad ialah anak kepada Abdullah.

من محمد ؟ الجواب : محمد ابْنُ عبدِ اللهِ
محمد : مبتدأ. ابنُ : خبر المبتدأ

Saya sengaja tidak sebut tentang ini dalam perkara (1) supaya anda tidak terganggu dengan persoalan bagaimana ابن boleh menjadi na’at / badal / ‘atof bayan. InsyaAllah saya akan terangkannya pada masa lain.

** Jika perkara (7) ini mengganggu kefahaman anda, sila abaikan perkara (7) ini memandangkan keadaan ini jarang berlaku.

Kongsikan Artikel Ini: