Mac 1, 2023
Bagaimana i’rab isim isftifham كيف?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Jika selepas كيف adalah isim, maka كيف akan dii’rab sebagai khabar muqaddam dan kalimah isim itu adalah mubtada’ muakkhar. Contohnya :

كيفَ حالُكَ

كيف : خبر مقدَّم

حالُ : مبتدأ مؤَخَّر وهو مضاف والكاف : مضاف إليه

2. Jika selepas كيف adalah fi’il naqis seperti كانَ maka ia akan dii’rab sebagai خبر كان مقدَّم. Contohnya :

كيف كان زيدٌ

كيف : خبر كان مقدَّم

كان : فعل ماضٍ ناقصٌ

زيد : اسم كان مؤخَّر

3. Jika selepas كيف adalah fi’il tam (الفعل التام) maka كيف akan dii’rab sebagai حال. Contohnya :

كيف وصَلَ؟

كيف : اسم استفهامٍ مبني في محل نصبٍ، حال من الضمير المستتر في وصل

4. Bagaimana pula dengan ayat كيف بِكَ إذا رسَبُوا (Bagaimanakah kamu jika mereka gagal?) :

Ulamak nahu silam akan mengi’rab كيف sebagai khabar muqaddam, الباء itu sebagai الباء الزائدة dan isim majrur selepasnya itu sebagai مبتدأ محلًّا. Contohnya :

كيف بِك إذا رسبوا

كيف : خبر مقَدَّم

الباء : زائدة

الكاف : مجرور بالباء الزائدةِ لفظًا ومرفوع محَلًّا على الابتداء

I’rab seperti ini sangat popular dalam kalangan ulamak Nahu silam. Keadaannya sama seperti بِحسبِك درهَمٌ, di mana باء itu adalah باء زائدة dan kalimah isim yang dimasukinya adalah mubtada’. Boleh rujuk kitab-kitab seperti الجنَى الدانِي karangan أبي القاسم المرادي dan lain-lain.

Bagi Dr. Fadhi al-Samarra’ie dalam معاني النحو kata beliau كيف di situ adalah حال dan amil hal ditaqdirkan dengan beberapa taqdir antaranya كيفَ تُبْصِرُ بِنفسك. Jadi frasa كيف بِك menurut beliau adalah singkatan كيف تُبْصِر بنفسك (bagaimana kamu lihat diri kamu) atau andaian-andaian lain mengikut kesesuaian.

5. Bagaimana pula dengan ayat surah al-Nisa’ seperti فكيف إذا جِئنا من كل أمة بشهيد? Tidak ada باء di sini dan tidak kalimah yang kita boleh i‘rabnya sebagai mubtada’?

Jawapannya : Ia akan dii’rab berdasarkan andaian frasa yang kita lakukan.

5.1. Jika kita andaikan ayatnya adalah كيف يصنَعُون إذا جئنا maka isim istifham كيف akan di’rab حال.

كيف يصنعُون

كيف : حال من الضمير الفاعل المحذوفِ مع فِعْلِهِ تقديره كيف يصنعون

5.2. Jika kita taqdirkan isim seperti كيف الحالُ إذا جِئنا maka كيف akan di’rab sebagai خبر مقدَّم.

كيف الحال

كيف : خبر مقدّم لمبتدأ مؤَخَّر مقَدَّر

Jika kita taqdirkannya sebagai كيف يكون الأمرُ maka كيف dii’rab sebagai خبر كانَ مُقَدَّم.

كيف يكون الأمر / كيف يكونون

كيف : خبر لكان مقدَّرَة

Kongsikan Artikel Ini: