Berikut adalah jawapan ringkas saya.
1. Dii’rab khabar muqaddam (khabar yang diletakkan sebelum mubtada’) apabila kalimah selepasnya adalah isim makrifah. contohnya :
مَنْ أنتَ ؟ مَنْ أخُوكَ ؟
من : اسم استفهام في محل رفعٍ، خبر مقدَّم
أنت : ضمير مبني في محل رفعٍ ، مبتدأ مؤَخَّر
2. Dii’rab mubtada’ apabila selepasnya jar majrur, zorof atau fi’il muta’ddi yang lengkap dengan maf’ul bihi. Contohnya :
مَنْ في البيت ؟ مَنْ عندَك ؟ مَنْ يقرأُ هذا الكتابَ؟
Semua isim istifham مَنْ dalam ayat di atas i’rabnya adalah mubtada’ kerana selepasnya adalah jar majrur (في البيت), zorof (عندكَ) dan fi’il yang hadir lengkap dengan maf’ul bihinya (يقرأ هذا الكتاب).
3. Dii’rab maf’ul bihi apabila selepasnya adalah fi’il yang tidak hadir bersama-sama dengan maf’ul bihi. Contohnya :
مَنْ رأيْتَ اليومَ؟
Disebabkan fi’il رأيتَ adalah fi’il mutaaddi yang masih tidak mempunyai maf’ul bihi, maka مَنْ itulah maf’ul bihinya.
مَنْ : مفعولُ رأيتُ مقدَّم / مفعول مقدَّم لرأيت
4. Dii’rab sebagai mudhof ilaih dalam ayat seperti كِتَابُ مَنْ على المَكتَب (Buku siapakah di atas meja itu?).
كتاب : مبتدأ وهو مضاف
مَنْ : اسم استفهام في محلِّ جرٍّ بالإضافَةِ
على المكتب : خبر