Musuh utama penuntut ilmu bahasa Arab bergelar GURU ialah MALU dan SOMBONG. Malu takut dikatakan tidak tahu oleh murid-muridnya, PADAHAL anak muridnya tidak pernah fikir begitupun. SOMBONG jika yang menegurnya adalah anak muridnya sendiri.
SAYA tidak malu jika saya tersalah dan diperbetulkan sejak dari zaman kolej lagi. Apa tidaknya, masa zaman belajar sayalah muqri’. Muqri’ ialah pelajar yang mebaca teks syarahan guru dengan suara yang nyaring. Jadi orang yang akan sentiasa ditegur dan diperbetulkan adalah saya. Ramai yang lari dari tugas ini kerana takut ditegur, malu katanya nanti. Di depan semua pelajar pulak tu.
Saya tidak pernah rasa terancam atau tergugat dengan teguran bahasa Arab khususnya yang ditujukan kepada saya. Biar apapun niat penegur, tapi dalam semua keadaan sayalah yang beruntung . Saya tak malu, tak tergugat dan tak terancam kerana saya menggangap diri saya adalah seorang sahabat yang sedang berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabatnya yang lain.
Mengakhiri celoteh pagi ini saya kongsikan satu kata-kata seorang budak kampung Lembah Arang:
“Guru yang baik akan memuji muridnya. Murid yang baik pula tidak terlalu perasan dengan pujian itu”.