Kata al-Hariri, Abu Hilal al-‘Askari, dan Ibn al-Syajari,
“Kita boleh kata عِنْدِي مَال (Saya ada wang) walaupun di saat itu wang yang dimaksudkan tidak berada bersama-sama kita. Tapi berbeza dengan لَدَى di mana bila kita kata لَدَيَّ مَال, maka maksudnya wang tersebut memang berada bersama-sama kita saat ayat itu dituturkan”.
Sangkal al-Ma’arri, tidak ada beza di antara عِنْدَ dan لَدَى. Kata al-Sayuti : Pandangan yang mengatakan wujudnya perbezaan adalah lebih utama untuk diambil.
Dinukil daripada buku al-Asybah wa al-Nazair, al-Sayuthi 2/236