1. Ya’ al-mutakallim wajib difathahkan apabila huruf sebelumnya adalah alif atau ya’ sukun. Contohnya huruf alif.
فتَى = فَتَايَ
والدَا = والدَايَ
1.1. Kalimah عصا dan فتَى adalah isim maqsur yang berakhir dengan huruf alif. Contoh ketiga pula, iaitu والدايَ, ia adalah muthanna mafru’ yang huruf nunnya telah digugurkan berdasarkan aturan idhofah.
2. Contoh huruf ya’ sukun pula ialah :
إلَى = إلَيَّ
على = علَيَّ
قاضِي = قاضِيَّ
والدَيْ = والِدَيَّ
مُدَرِّسِيْ = مُدَرِّسِيَّ
2.1. Kalimah إلى dan على walaupun ditulis tidak bertitik dua di bawah namun hakikatnya ia berakhir dengan ya’ sukun, iaitu إلَيْ dan علَيْ. Oleh sebab itu kita lihat عليْكَ, إليْكَ. Kalimah قاضِي pula adalah isim manqus yang semua kita tahu bahawa ia berakhir dengan ya’ sukun.
2.2. Kalimah والِدَيْ asalnya adalah والِدَيْنِ. Ia adalah muthanna mansub atau majrur yang nunnya digugurkan kerana menjadi mudhof.
2.3. Kalimah مُدَرِّسِيَّ adalah jamak muzakkar salim sama ada marfu’, mansub atau majrur. Jika ia jamak muzakkar salim marfu’, maka asalnya ia adalah مُدَرِّسُون. Kemudian nun digugurkan kerana ia menjadi mudhof, lalu menjadi مُدَرِّسُو. Kemudian ya’ mutakallim dimasukkan, maka jadilah مُدَرِّسُويْ. Kemudian huruf waw ditukar kepada ya’ kerana huruf waw tidak sesuai berada sebelum ya’ sukun, maka jadilah مُدَرِّسِيْيْ. Kemudian disebabkan ya’ itu sukun, maka ya’ mutakallim selepasnya mesti difathahkan, lalu menjadi مُدَرِّسِيْيَ dan seterusnya huruf ya’ yang asalnya waw bertanda sukun itu diidghamkan, lalu menjadi مُدَرِّسِيَّ.
3. Ustaz boleh tak jika kita simpulkan bahawa jika ya’ mutakallim dimudhofkan kepada isim maqsur, isim manqus, muthanna dan jamak muzakkar salim maka ya’ mutakallim wajib difathahkan?
JAWAPAN : Boleh tapi ia tidak menyeluruh kerana ya’ mutakallim berbaris fathah bukan hanya sekadar kerana idhofah seperti إلَيَّ dan عَلَيَّ. Kaedah yang ringkas dan menyeluruh adalah:
4. Di sana ada beberapa tempat lagi yang ya’ mutakallim dibariskan fathah namun semuanya disebabkan faktor luaran. Contohnya ماليَه pada ayat ما أغنى عني ماليه. Ini disebabkan هاء السكت yang terdapat selepasnya. Contoh lain apabila selepas ya’ mutakallim ada huruf sukun, maka untuk elak daripada pertembungan dua sukun maka ya’ mutakallim difathahkan, tapi tidak wajib. Contohnya كتابيَ الذي. Kita boleh sahaja tidak fathahkannya seperti ربِّي اللهَ خير مالك (bait Ibn Malik).