Ogos 18, 2022
Bilakah kita akan kata فاعل مرفوع محلًا ومجرور لفظًا ?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

JAWAPAN :

1. Apabila fail didatangi huruf jar tambahan (حرف الجر الزائد). Contohnya :

مَا جَاءنَا مِنْ أَحَدٍ

“Tiada sesiapa pun datang kepada kami.”

2. Fa’il kepada fiil جاء dalam ayat itu adalah أحد. Asalnya ayat terebut berbunyi ما جاءَنَا مِنْ أحدٍ. Namun atas sebab ingin menyalurkan unsur penekanan maka huruf jar مِنْ didatangkan sebelum kalimah أحد. Jadi ketika i’rab, kita akan kata :

أحد : فاعل جاء موفوع محَلًّا وَمجرورٌ لَفْظًا

[ Kalimah أحد adalah fail kepada fiil جاء, hukum irabnya marfu’ jika dilihat dari sudut kedudukan namun lafaznya majrur disebabkan huruf jar مِنْ yang terdapat sebelumnya itu. ]

Contoh lain ialah firman Allah swt :

مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ

Kalimah بشير di’irab seperti i’rab :

بشير : فاعل جاء موفوع محَلًّا وَمجرورٌ لَفْظًا

3. I’rab sebegini bukan hanya melibatkan fail sahaja tapi ia juga terpakai kepada kedudukan-keduakan irab yang lain seperti mubtada’, maful bihi dan sebagainya. Contoh mubtada’ firman Allah s.w.t : مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ

“Tiadalah bagi kalian Tuhan selain-Nya”

إله : مبتدأ مؤخَّر مرفوع محلا ومجرور لفظًا

Contoh maf’ul bihi :

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ

“Tidaklah kami utuskan mana-mana rasul melainkan supaya dia dituruti dengan izin Allah.”

رسول : مفعول به لأرسلنا منصوب محلا ومجرور لفظا بمِن الزائدة

4. Huruf jar مِنْ ini digunakan sebagai kata penguat untuk ayat nafi dengan syarat fa’il, mubtada atau maful bihinya adalah isim nakirah. Selain مِنْ huruf jar ب juga turut digunakan untuk tujuan penegasan dan penggunaannya tertakluk kepada syarat dan perincian yang agak panjang.

Tumpuan hantaran ini adalah berkaitan cara i’rab fail, mubtada atau maful bihi yang dimasuki من الزائدة. Adapun bilakah مِنْ الزائدة ini hendak digunakan atau cara menggunakannya, soal itu saya tidak perincikan.

Kongsikan Artikel Ini: