Februari 19, 2023
Bina ayat: Saya pernah lakukan sesuatu…
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

سَبَقَ أَنْ فَعَلْتُ كَذَا / سَبَقَ وَأَنْ فَعَلْتُ كَذَا / فَعَلْتُ كذَا مِنْ قَبْلُ

Ayat Contoh :

1. Saya pernah memberitahunya tentang hal itu.

سَبَقَ أَنْ أَخْبَرْتُهُ بِذَلك

2. Saya pernah pergi ke London.

سَبَقَ وَأَنْ سَافَرْتُ إِلَى لَنْدَن

3. Saya pernah pergi berjumpa dengannya.

قَابَلْتُهُ مِنْ قَبْلُ

4. Saya pernah ada laman web di internet.

سَبَقَ وَأَنْ كَانَ لَدَيَّ مَوْقِعٌ عَلَى النِّت

————————————————————————–

NOTA TAMBAHAN :

Berhubung rangkai kata سَبَقَ وَأَنْ فَعَلْتُ كَذَا, ia terkeluar daripada aturan asal bahasa Arab. Aturan asal ialah waw tidak perlu diletakkan di antara fi’il dan fa’il. Tapi seperti yang kita lihat, orang Arab dalam bahasa Arab moden kerap menggunakannnya dalam rangkai kata سَبَقَ وَأَنْ فَعَلَ كَذَا khususnya.

Ya, dalam rangkai kata ini sahaja. Saya perlu tegaskan perkara ini supaya tidak ada yang beranggapan atau memandai-mandai menambah waw ini di mana-mana sahaja struktur ayat.

Huruf waw ini mengikut pengkaji Nahu aliran Kufah adalah huruf tambahan (Arab : الواو الزائدة). Ibn Hisyam di dalam Mughni al-Labib memanggilnya وَاو دُخُولِهَا كَخُرُوجِهَا (Melayu : Waw yang kehadirannya sama sahaja dengan ketidakhadirannya). Perkara sama turut diceritakan oleh al-Muradi di dalam al-Jana al-Dani.

Bait syair yang menjadi hujah pengjaji Nahu aliran Kufah dalam mengisbatkan huruf waw jenis ini ialah :

وقلبتم ظهر المجن لنا # إن اللئيم الفاجر الخبّ

Huruf waw yang terdapat sebelum قَلَبْتُمْ adalah huruf waw zaidah. Hal ini kerana jumlah قَلَبْتُمْ itu adalah jumlah jawab (Arab : جملة الجواب) kepada bait sebelumnya, iaitu حتى إذا قَمِلَتْ بطونكم. Bait penuhnya ialah :

حَتَّى إِذَا قَمِلَتْ بُطُونُكْمْ # وَرَأْيْتُم أَوْلَادَكُمْ شَبُّوا

وَقَلَبْتُمْ ظَهْرَ المِجَنِّ لَنَا # إِنَّ اللَّئِيمَ الفَاجِرَ الخَبُّ

Apa kita perlu faham ialah waw jenis ini pernah digunakan oleh orang Arab dahulu kala pada struktur ayat tertentu yang sepatutnya waw itu tidak diperlukan di situ. Penggunaannya yang direkodkan hanya terhad pada dua tiga bait syair sahaja. Jadi kita tidak perlulah untuk bersusah payah menghadam perkara ini untuk diaplikasikan dalam binaan ayat. Cukup sekadar yang ada sahaja.

Dalam penggunaan Arab moden, penggunaannya hanya terhad pada rangkai kata سبق وأن فعل كذا sahaja atau dengan kata lain yang lebih berhati-hati pada beberapa rangkai kata yang sedikit, antaranya rangkai kata سبق وأن فعل كذا ini.

Seperkara lagi, jika terdapat konteks yang menyokong, kita boleh sahaja menggunakan fi’il yang menunjukkan masa lepas untuk membawa maksud “pernah”. Misalnya kita terus guna fiil madhi, atau كان yang disusuli fi’il mudhori’.

Kongsikan Artikel Ini: