Februari 26, 2024
Cara Membaca Kitab Kalilah & Dimnah edisi Dwi-Bahasa (Arab-Melayu)
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

  1. Baca terjemahan Melayu terlebih dahulu untuk sesuatu tajuk supaya anda mempunyai idea tentang apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. Dengan cara ini anda dapat mengagak maksud bahagian-bahagian tertentu dalam teks Arab, InsyaAllah.

Berdasarkan pengalaman peribadi, agak sukar untuk difahami sesuatu tulisan yang saya langsung tidak mempunyai latar belakang tentangnya. Jadi edisi dwi-bahasa ini sedikit sebanyak dapat merungkai kesukaran ini.

  1. Baca teks Arab dengan mengeluarkan suara. Bahagian ini mungkin dipandang remeh tapi percayalah ia sangat penting. Dalam sehari dua mungkin tidak nampak kesannya tapi jika dilakukan berterusan untuk tempoh yang panjang, sebulan atau dua bulan kesannya akan mula dirasai. Pergerakan kosa kata dan susunan ayat meresap ke dalam diri begitu terasa sekali bahkan lidah pun mula semakin ringan.

Tapi peringkat ini ada yang tersasar akibat sebutannya yang tidak tepat. Apabila inputnya salah makan outputnya pun salah. Atas dasar itu edisi dwi-bahasa ini datang dengan baris. Sedar atau tidak, baris paling mustahak adalah baris pada huruf-huruf sebelum huruf terakhir. Contohnya baris huruf ل dan م pada kalilah ملك. Kalimah مِلْك (milik), مُلْك (kekuasaan / jajahan), مَلَك (malaikat), مَلِك (raja) dsb. Baris akhir yang merupakan pengkhususan ilmu Nahu pun tidak terkecuali di mana edisi ini datang dengan baris akhir yang lengkap.

  1. Keluarkan kosa kata yang mempunyai maksud hampir sama dengan apa yang sedia ada dalam pengetahuan anda. Contohnya:

ما الإخوانُ ولا الأعوانُ ولا الأصدِقاءُ إلَّا بالـمالِ

  1. Keluarkan atau tandakan pada struktur yang baru ditemui dengan dengan highlighter. Atau anda boleh buat catitan di buku berasingan. Dari struktur baru itu cuba bina ayat dengan pola yang sama. Tiru struktur.

Kita ambil satu ayat daripada kitab Kalilah & Dimnah sebagai contoh:

فقالَ الـمَلِكُ: يا بَرزَوَيهِ قد رأيتُكَ لذلكَ أهلاً

(1) 𝑨𝒚𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒕𝒊𝒓𝒖:

يَرَوْنَكَ لِذَلكَ أَهْلًا / أَرَاكَ لِهَذَا الأَمْرِ أَهْلًا / نَرَاكَ أَهْلًا لِهَذَا المنصِب

ويَرتاحُ إليه في جَـميعِ ما أهَـمَّهُ

(2) 𝘼𝙮𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙩𝙞𝙧𝙪:

أرتاح إليه في جميع ما أَهَمَّنِي / هل ترتاح إليه في جميع ما أهَمَّكَ؟ / اِتَّخِذْ مِنْ بَيْن أَصْدَقائِكَ رَجُلًا ترتَاح إليه في جميع ما أَهَمَّكَ

  1. Keluarkan uslub-uslub baharu yang selama ini anda ungkapkan dengan cara yang berbeza. Contohnya selama ini ada sebut هذه الصفات موجودة فيك tapi dengan membaca Kalilah & Dimnah gaya bahasa Arab anda akan mula berwarna-warni. Anda akan mula menggunakan ayat-ayat seperti:

وهذه الـخِصالُ كُلُّها قد اجتَمَعَت فيكَ وبانَت لي منكَ

  1. Keluarkan perumpamaan-perumpamaan yang memenuhi buku Kalilah & Dimnah ini. Contohnya:

من يَشهَدْ بـما لـم يَرَ ويَقُلْ ما لا يعلَمُ يُصِبهُ ما أصابَ الطَّبيبَ الذي قالَ لـما لا يعلَمُهُ إني أعلَمُهُ

  1. Keluarkan ayat-ayat yang anda rasakan menarik. Saya keluarkan satu contoh secara rawak,

فالـمَوتُ أهوَنُ من الـحاجَةِ التي تُـحوِجُ صاحِبَها إلى الـمَسألَةِ ولا سِيَّما مَسألَةِ الأشِحَّاءِ واللِّئامِ

فإنَّ الكَريـمَ لو كُلِّفَ أن يُدخِلَ يَدَهُ في فَمِ الأفعى فيُخرِجَ منه سُـمًّا فيَبتَلِعَهُ كانَ ذلكَ أهوَنَ عليه وأحَبَّ إليه من مَسألَةِ البَخيلِ اللَّئيمِ

Lakukan perkara di atas secara berterusan. 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐥𝐚𝐡 & 𝐃𝐢𝐦𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐞𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐝𝐰𝐢-𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚.

Bagi yang telah memilikinya atau telah membuat tempahan awal, tahniah diucapkan kerana anda sedang berusaha untuk majukan diri dalam penguasaan bahasa Arab. Bagi yang belum, ayuh lakukan sesuatu.

𝐀𝐲𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!!

𝐋𝐢𝐧𝐤 𝐰𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 :

wasap.my/60183284218/tempahanKalilah

𝐊𝐄𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 : 310 m/s

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 : RM35.00 + Free Pastage [ Semenanjung SAHAJA ]

Kongsikan Artikel Ini: