Mac 1, 2023
Di antara هُمْ كثيرٌ dan هُمْ كثيرُونَ
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Wazan فَعِيل kerap digunakan untuk mufrad dan jamak. Kita boleh kata هُمْ كثيرٌ dan هُمْ كَثِيرُونَ atau هُمْ كُثُرٌ. Semuanya betul. Sama juga dengan kalimah قَلِيل dan seumpamanya.

الطلابُ قليلٌ ✔️

الطُّلَّابُ قَلِيلُونَ ✔️

2. Firman Allah swt :

وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء {النساء: ١}

Perhatikan kalimah كثيرًا, ia adalah sifah kepada lafaz jamak, iaitu رجالًا. Ia adalah wazan فَعِيل.

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ {آل عمران:١٤٦}

Kalimah كثيرٌ, sifah kepada lafaz jamak ربيون.

وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ {التحريم:٤}

Kalimah ظَهير wazan فعيل menjadi khabar kepada lafaz jamak الملائكة.

فَمَا زَالَت تِّلْكَ دَعْوَاهُمْ حَتَّى جَعَلْنَاهُمْ حَصِيدًا خَامِدِينَ {الأنبياء:١٥}

Kalimah حصيدا dalam ayat di atas digunakan di tempat jamak. Buktinya dhomir هُم sebelumnya dan kalimah خامدين selepasnya.

Kiaslah dengan ayat-ayat lain seperti ولا يسأل حميم حميما ، يبصرونهم, ayat وحسن أولئك رفيقا dll.

3. Sama juga dengan wazan فعُول. Kita boleh kata هُم عَدُوٌّ dan juga هم أعْداء. Ini kerana kalimah عدُوّ adalah wazan فَعُول. Firman Allah swt :

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي إِلاّ رَبَّ الْعالَمِينَ

Lihat kalmah عدوٌّ di mana isim إنّ sebelumnya adalah dhomir jamak هم.

4. Namun begitu saya nasihatkan agar kaedah ini tidak sewenang-wenangnya diaplikasikan. Kita perli ambil kira aspek kekerapan sebelum menggunakannya dalam penulisan atau percakapan.

Misalnya kalimah قليل dan كثير. Kita lihat ia kerap digunakan untuk jamak, maka bolehlah kita guna secara meluas.

Adapun kalimah صديق misalnya, walaupun ada bait syair berbunyi هُنّ صدِيقٌ للذي لم يَشِب namun kekerapannya adalah penggunaan أصدقاء / صديقات untuk jamak.

Caranya hanya satu, iaitu melibatkan diri secara berterusan dengan teks-teks Arab.

Kongsikan Artikel Ini: