Mei 13, 2024
Dilema Seorang #Penterjemah 😇😇
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Bingung sama ada ingin mencari padanan dalam bahasa sasaran untuk setiap kata dan frasa yang terdapat dalam teks bahasa sumber tanpa menghiraukan aspek keganjilan yang mungkin dirasai oleh pembaca bahasa sasaran atau menyalin semula maklumat daripada bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran dalam bentuk persamaan yang terdekat dan sejadi agar teks terjemahan tidak dilihat canggung selain merempuh batas aturan tatabahasa bahasa sasaran.

Perasaan ini ekoran kerisauan penterjemah terhadap kemunculan ‘pengkritik-pengkritik express’ yang hanya melihat bahawa penterjemahan hanyalah proses menggantikan kata dengan kata dan frasa dengan frasa.

Penterjemah tidak ada banyak masa untuk menerangkan mengapa ia berbuat begitu dan begini kepada semua orang. Begitu juga penterjemah tidak mempunyai banyak masa untuk menerangkan kenapa dalam keadaan-keadaan tertentu ia memilih teknik ‘pemenggalan ayat’, ‘rombakan ; menyongsangkan ayat’ dll yg sarat diperbincangkan menerusi bidang penterjemahan.

Harapan penterjemah adalah sebelum membuat sebarang kritikan, buat sedikit ‘homework’ tentang prinsip-prinsip asas terjemahan. Paling tidak pun, cuba perhatikan bagaimana filem-filem asing diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menerusi paparan ‘subtitles’ yang disediakan.

Kongsikan Artikel Ini:

Â