Mac 1, 2023
Info Bahasa Arab untuk rakan-rakan yang sedang menunaikan umrah, ziarah di Mekah atau Madinah
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Semua bahasa Arab yang saya kongsikan di bawah adalah dialek setempat. Boleh lah nak tahu sedikit sebanyak bahasa Saudi orang Mekah / Madinah. 😊

1. Dengan driver teksi

فِي نَاسْ تِسْتَنَّانِي بَرَّهْ
Ada orang tunggu saya kat luar.

فِي ناسْ تَاخُذْني
Dah ada orang ambil aku.

بِكَمْ تَاخُذْ مِنْ هِنا لِلْحَرَمْ
Berapa engkau ambil dari sini ke Haram (Masjidil Haram / Masjid Nabawi)?

(Ini boleh guna untuk tanya harga teksi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tapi kena tukar lah perkataan الحَرَم tu.)

لا لا، كَتِييير
Owh tidak! Mahal tu…

(Ini lebih kurang macam غَالِي lah juga. Banyak lagi kegunaan كثير ini. Dalam dialek Saudi huruf ث disebut ت)

أَبْغَى أَرُوح …
Aku nak pergi…

2. Di hotel

مِنْ فِينْ أطْلَعْ؟
Nak naik dari mana? (Blur cari lift tak jumpa)

المِكْواة مِنْ فَضْلَكْ
Seterika please..

[ Nak minta apa2, sebut benda tu dan letak مِنْ فَضْلَك di belakang. Atau sebut أبْغَى kemudian sebut benda yang dimahukan tu sambil tutup ayat tu dengan بارَك الله فِيك. Nampak sopan sikit. 😊]

الكَارْد مُوْ شَغَّالْ
Kad tak berfungsi.

[Sebut apa sahaja yang tidak berfungsi tu dan kemudian sebut مُو شَغَّال. Contohnya السخَّانَة مو شَغَّالَة “Water heater tak berfungsi”.

مِتَى يِتْحَرَّكْ؟
Bila nak bergerak?

[Contohnya tengok bas shuttel tak gerak2, boleh lah tanya.]

3. Nak beli teh

شَاي سَادَهْ
Teh kosong

[ Perkataan سَادَة ini maksudnya kosong. Contohnya kita nak abaya kosong tanpa manik dan corak2, kita cakaplah أبغَى سادَة “aku nak kosong.”

سُكَّر مَظْبُوطْ
Gula secukup rasa.

[ Kalau nak lebih gula boleh sebut زِيَادَة dan kalau nak kurang guna نَاقِص. Huruf ق disebut ‘ga’.

مَا أبْغَى سُكَّرْ
Aku tak mahu gula

[ Kalau tak mahu apa-apa, sebut مَا أبْغَى kemudian sebut apa yang tak mahu tu. Mudah 😃 ]

شَايْ بالنَّعْنَاعْ teh pudina
شاي بالحَلِيبْ teh susu

4. Kedai makan

آكُل هِنا nak makan di sini
سَفَرِي tapau

Tak ada idea nak makan apa? Tanya dia اِيْشْ فِي عِنْدَكُم (Ada apa dekat kamu?)

Kalau nak makan sandwiches boleh lah minta كِبْدَة (hati), طَعْمِيَّة (dia letak apa entah nak cerita tak pandai), تُونَا (tuna). Tengok menu lah. Tunjuk, cakap أَبْغَى (aku mahu) n baca perkataan dalam menu tu. Kalau kedai pakistan, cakap Melayu.

Roti? Ada شَامِي, صُومُولِي dll. Ini kena perhati betul2, nanti tak kena dengan selera. Saya suka شَامِي.

دَجَاجْ ayam

[Kalau nak separuh cakap نُصْ, kalau seekor cakap حَبَّة. Minta nasi pula, kalau untuk portion 2 orang لشَخْصَين / لنفَرَين, kalau tiga لثلاثةْ أشْخَاص dsb. Kalau nak separuh cakap نُصْ tadi.]

Nak basuh tangan ; tunjuk tangan dan cakap غَسْل اليَدْ.

Nak bayar ; panggil dia حَبِيبِي / محمَّد dan sebut حِسَاب. Atau pergi terus ke kaunter dan tanya كَمْ الحِسَاب “Berapa bil?”. Sambil hulur duit tu sebut تَفَضَّل.

Makanan lebih? Panggil waiter, tunjuk makanan lebih tu n cakap خَلِّيهِ سَفَرِيّ (bungkus) atau cakap حُطُّوهُ في الكِيس.

Nak cili? Tanya dia, فِلْفِلْ أَخْضَرْ فِي؟ (Cili hijau ada?)

Makan kedai pakistan nak nasi putih. Cakap أبْغَى رُزْ أبْيَضْ! (Aku nak nasi putih). Roti ada dua, yang dia bakar tanpa minyak tu diaorang panggil خُبْز dan yang macam roti canai / Paratha tu pula namanya فَطِيرَة.

Nasi banyak sangat? Cakap kat dia أبْغَى نُصْ بَسْ (Aku nak separuh sahaja).

Nak air kosong? Cakap أبْغَى مُويَه (Aku nak air). Dia nanti akan bawa air mineral.

5. Kedai Abaya

بِكَمْ هَذِي
Berapa ini?

تِدِّينِي خَمْسِين آخُذْ عاطُولْ
Engkau bagi aku 50 aku ambil terus.

(Nak minta kurang. Dia sebut 80 riyal, sebut 60 riyal. Jangan keterlaluan melainkan anda bijak dalam tawar menawar. Kalau dia boleh cakap Melayu, cakap Melayu ja.)

فِي عِنْدَكْ ألْوَان
Ada yang colour-colour tak? (Tengok semua hitam😇)

في مَقَاسَاتْ؟
Ada saiz tak?

مَقَاسِي / حَجْمِي
Saiz aku.

(Kalau L lebih kurang saiz 56 / 58, kalau S 40 lebih).

في غَيْرُهْ؟
Ada yang lain?

وَرِّينِي
Tunjuk dekat aku.

هَذَا مَا يِجِي مَعَايَا
Ini tak sesuai dengan aku. (Ayat nak lari 😀)

دَقِيقَة بَاسْألْ صَاحْبَتِي
Kejab nak tanya kawan aku. (Ayat nak lari 😇)

والله ما ادْرِي
Aduh tak tahu. (Buat2 pening, sambil langkah keluar. 🤪)

طَرْحَة
Tudung yang dia bagi free sekali dengan abaya.

قُمَاشْ نَاعِمْ
Kain lembut

قُمَاشْ خَشِنْ
Kain kasar

العَرْض lebar
الطُّول labuh
الكُمْ lengan
سَادَة kosong tanpa corak dan manik

Kongsikan Artikel Ini: