Merujuk kepada kalimah المُصْطَفَيْنَ dalam ayat:
وَإِنَّهُمْ عِندَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الْأَخْيَارِ – ص : 47
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝟏) : Apakah status kalimah ini? Muthanna atau jamak muzakkar salim?
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : Ia adalah jamak muzakkar salim.
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝟐) : Jika jamak muzakkar salim, kenapa tidak المُصْطَفِينَ dengan huruf fa’ berbaris kasrah seperti مُسْلِمِين, مُدَرِّسِين dsb?
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : Kaedahnya ialah jika kalimah yang dijamakkan sebagai jamak muzakkar salim itu adalah isim maqsur, seperti أَعْلَى, مُوسَى dsb maka alif maqsurah akan dibuang dan fathah pada huruf sebelumnya dikekalkan untuk menandakan bahawa terdapat alif yang telah dibuang.
Jadi jamak kalimah أَعْلَى ialah أَعْلَوْنَ / أَعْلَيْنَ dan begitu juga مُوسَى di mana jamaknya adalah مُوسَوْنَ dan مُوسَيْنَ.
Firman Allah swt:
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُؤْمِنِينَ – آل عمران : 139
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝟑) : Bagaimana pula rupa المُصْطَفَى jika dijadikan muthanna?
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : Jika alif maqsurah berada di huruf keempat kalimah dan ke atas, maka alif akan ditukar kepada huruf ya’. Contohnya مُصْطَفَى tadi, huruf alif (ى) berada di urutan ke-5. Jadi ia perlu ditukar kepada ya’. Rupa muthannanya adalah مُصْطَفَيَانِ dan مُصْطَفَيَيْنِ. Begitu juga أَعْلَيَانِ dan أَعْلَيَيْنِ. Kalimah مُوسَى pun sama, مُوسَيَانِ dan مُوسَيَيْنِ.
𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝟒) : Bagaimana jika alif maqsurah berada di urutan yang ketiga, seperti فَتَى.
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : Alif itu mesti ditukar kepada huruf asalnya terlebih dahulu sama ada waw atau ya’ kemudian baru masukkan alif atau ya’ muthanna. Saya berhenti di sini dulu.