1. Antara makna huruf jar (الكاف) adalah “kerana”. Kata Ibn Malik rhm di dalam Matan Alfiyyah:
شَبِّهْ بِكَافٍ وَبِهَا التَّعْلِيلُ قَدْ # يُعْنَى وَزَائِدا لِتَوْكِيدٍ وَرَدْ
“Dengan الكاف perbandingan dibuat, dengan الكاف juga kadang-kadang “keterangan sebab” dimaksudkan dan الكاف juga datang sebagai حرف زائد dalam ayat tawkid.”
Contoh yang biasa diberikan oleh para ulama adalah firman Allah swt:
وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ – القصص : 77
“Dan berbuat baiklah kerana Allah berbuat baik kepada kamu.”
2. Kata al-Alusi di dalam tafsir beliau, Ruh al-Ma’ani ketika menafsirkan ayat ini:
أَيْ مِثْلَ إحْسانِهِ تَعالى إلَيْكَ فِيما أنْعَمَ بِهِ عَلَيْكَ، والتَّشْبِيهُ في مُطْلَقِ الإحْسانِ أوْ لِأجْلِ إحْسانِهِ سُبْحانَهُ إلَيْكَ عَلى أنَّ الكافَ لِلتَّعْلِيلِ
“Yakni seperti kebaikan Allah swt terhadap kamu behubung nikmat-nikmat yang dikurniakan ke atas kamu. Persamaan di sini hanya semata-mata tindakan berbuat baik. Atau maksudnya adalah “kerana kebaikan Allah terhadap kamu atas perkiraan huruf الكاف di situ membawa maksud keterangan sebab.”
3. Huruf الكاف yang terdapat di dalam ayat 77 surah al-Qasas di atas berkemungkinan membawa dua makna. Pertama التشبيه (seperti) dan kedua التعليل (kerana).
Jika berpegang bahawa maknanya adalah التشبيه (seperti) maka perlu diketahui bahawa persamaan yang dituntut hanya semata-mata tindakan berbuat baik, bukan kebaikan Allah swt terhadap kita. Tidak mungkin kebaikan manusia dapat disamakan dengan kebaikan Allah swt.
4. Contoh lain adalah firman Allah swt:
وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ – البقرة : 198
“Dan ingatlah Allah dengan menyebutnya kerana Dia telah membimbing kamu (untuk melakukan manasik haji dll)”
Huruf الكاف di dalam ayat itu juga berkebarangkalian dua makna, iaitu التشبيه atau التعليل. Jika maknanya التشبيه maka maksud ayat tersebut ialah “Ingatlah Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia bimbing kamu (untuk melakukan manasik haji dll).” Dalam ilmu Balaghah ini disebut تشبيه مضمون الجملة بالجملة