Mei 24, 2024
Info Sorof | Baris huruf yang terdapat sebelum waw jama’ah (واو الجماعة) dalam bongkah fi’il Amar
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Contoh huruf yang terdapat sebelum واو الجماعة ialah huruf ب pada fi’il اذهَبُوا.

2. Semua jenis fi’il apabila disambungkan dengan واو الجماعة maka huruf yang berada sebelum واو الجماعة itu mestilah berbaris dhommah kecuali satu jenis fi’il sahaja, iaitu fi’il yang fi’il mudhori’nya berakhir dengan huruf Alif. Contohnya :

يَخْشَى، يَرْضَى، يَسْعَى، يَعْثَى

[ Alif seperti huruf ya’ tapi tak bertitik ini menunjukkan bahawa asalnya ia adalah huruf ya’. Kita dapat lihat huruf ya’nya pada fi’il madhi, seperti خَشِيَ, رَضِيَ, عَثِيَatau pada masdar seperti سَعْيًا. ]

Fi’il dalam kategori ini apabila disambungkan dengan واو الجماعة maka huruf yang berada sebelum واو الجماعة itu mestilah berbaris fathah. Jadi fi’il-fi’il tadi akan berbunyi :

اِخْشَوْا، اِرْضَوْا، اِسْعَوْا، اِعْثَوْا

3. Selain daripada itu semuanya akan berbaris dhommah termasuklah fi’il yang fi’il mudhori’nya berakhir dengan waw (و) atau ya’ (ي). Contohnya :

يَمْشِي = اِمْشُوا

يَرْجُو = اُرْجُوا

4. Adapun fi’il yang fi’il mudhori’nya tidak berakhir dengan huruf alif, waw atau ya’ maka hukumnya jelas, iaitu huruf terakhirnya mesti didhommahkan. Contohnya :

يذهَبُ – اذْهَبُوا

5. Aturan ini juga turut terpakai ke atas fi’il mudhori’ kerana fi’il amar dihasilkan daripada fi’il mudhori’. Contohnya :

يَخْشَى = يَخْشَونَ

يَرْمِي = يَرْمُونَ

يَرْجُو = يَرْجُونَ

يَذْهَبُ = يَذْهَبُونَ

6. Dalam perkongsian ini saya tidak menggunakan istilah sorof. Saya sebut “huruf sebelum واو الجماعة” untuk mengelak daripada saya pergi lebih jauh dengan memperincikan tentang pengguguran لام الفعل pada اِخْشَوْا wazan اِفْعَوْا. Asalnya ialah اِخْشَوُوا. Fi’il اِمْشُوا wazan اِفْعُوا di mana asalnya ialah اِمْشِيُوا. Saya tidak berhasrat perincikan perkara ini.

7. Secara praktikalnya anda tidak perlu gusar dengan poin ke-6.

Kongsikan Artikel Ini: