September 16, 2022
Irab الأول فالأول dalam ayat أتموا الصف الأول فالأول
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Frasa الأول فالأول bermaksud ‘satu persatu’ atau ‘satu demi satu’. Frasa ini sering digunakan dalam penulisan ataupun percakapan. Persoalannya apakah kedudukan frasa ini dalam dalam sistem I’rab atau bagaimanakah ia dijelaskan oleh ilmu I’rab?

Frasa ini atau lebih tepat lagi perkataan الأول di’irab sebagai hal mansub, huruf ف selepasnya ialah huruf ataf yang tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kedudukan I’rab, dan perkataan الأول selepas  huruf ف pula dii’rab sebagai معطوف على المنصوب الذي قبله فهو منصوب.

Seperti yang dapat dilihat, perkataan الأول di situ adalah isim makrifah sedangkan kebiasaannya ‘hal’ terbentuk daripada isim nakirah. Bagaimanakah perkara ini dijelaskan?

Frasa الأول فالأول di situ sebenarnya mempunyai bahagian yang telah digugurkan, iaitu مرتبين. Perkataan مرتبين digugurkan ekoran maksud yang hendak disampaikan sudah sangat jelas. Asalnya ayat seperti أتموا الصف الأول فالأول (Penuhkan saf satu persatu) berbunyi أتموا الصف مرتبين الأول فالأول (Penuhkan saf ‘mengikut urutan’ satu persatu. Jadi dari satu sudut, perkataan yang sebenarnya dikira sebagai hal ialah perkataan مرتبين yang digugurkan itu. Tapi disebabkan penggunaannya sudah kukuh, baik dahulu mahupun sekarang, frasa الأول فالأول it uterus dianggap sebagai hal.

Menjelaskan perkara ini Ibn Malik berkata :

والحال إذا عرف لفظا فاعتقد # تنكيره معنى كوحدك اجتهد

Maksud : “Hal apabila apabila lafaznya dimakrifahkan, maka anggaplah ia adalah nakirah dari segi makna, seperti وحدك اجتهد ‘berusaha seorang diri ; منفردا’.

Kongsikan Artikel Ini: