PERINCIAN
p/s : Perincian ini tahu pun tak pa, tak tahu pun tak pa. Jangan disebabkan perincian ini ada yg menyimpulkan bahawa bahasa Arab itu susah pulak. Ini perbahasan linguistik.
1. Apabila مُعَلِّمُونَ dihubungkan dengan ya’ al-mutakallim, maka jadilah مُعَلِّمُونَيْ.
2. Kemudian nun digugurkan lalu menjadi مُعَلِّمُويْ. Mengapa nun mesti digugurkan? Jawapan : Kaedah menetapkan bahawa nun jamak muzakkar salim dan muthanna akan digugurkan apabila jamak muzakkar salim atau muthanna berada dalam keadaan mudhaf. Misalnya مُعَلِّمُو زَيْدٍ dan مُعَلِّمَا زَيْدٍ.
3. Dalam kes ini, مُعَلِّمُون berada dalam keadaan mudhaf dan ya’ mutakallim pula mudhaf ilaih. Maka jadilah ia seperti ini, مُعَلِّمُوْيْ. Lihat, nun telah digugurkan.
Kata Ibn Malik :
“Kasrahkan huruf terakhir kalimah yang berhubung dengan ya’ mutakallim selagi huruf terakhir tersebut bukan ya lazimah (ياء لازمة) seperti الرامي dan alif maqsurah (ألف مقصورة) seperti قَذَى”.
“Dan selagi huruf terakhir tersebut bukan berada pada kalimah muthanna bukan marfu’ seperti ابْنَيْنِ dan jamak muzakkar salim ‘bukan’ marfu’ seperti زَيْدِينَ. Keempat-empat kalimah ini, iaitu isim manqus, isim maqsur, muthana ‘bukan’ marfu’ dan jamak muzakkar salim ‘bukan’ marfu’ apabila dihubungkan dengan ya’ mutakallim maka (a) huruf terakhirnya tidak dikasrahkan dan (b) ya’ mutakallim wajib difathahkan”
Apa yang kita dapat di sini ialah dua aturan. PERTAMA aturan baris terakhir kalimah yang dihubungkan dengan ya’ mutakallim, iaitu wajib dikasrahkan kecuali pada empat perkara tersebut. KEDUA ya’ mutakallim wajib difathahkan dalam empat perkara tersebut.
TATBIQ KAEDAH
Perkataan مُعَلِّمُون adalah jamak muzakkar salim marfu’. Jadi huruf terakhirnya wajib berbaris kasrah. Perkataan مُعَلِّمُون adalah jamak muzakkar salim, maka ya’ mutakallim wajib berbaris fathah.
Maka dengan kaedah ini, perkataan مُعَلِّمُيّ di atas ditukarkan kepada مُعَلِّمِيَّ. Huruf mim (م) yang berbaris dhammah ditukar kepada baris kasrah (آخِرَ مَا أُضِيفَ لِلْيَا اكْسِرْ، إِذَا # لَمْ يَكُ مُعْتَلًّا) dan ya’ mutakallim yang berbaris mati ditukarkan kepada baris fathah (جَمِيعُهُا اليَا بَعْدُ فَتْحُهَا احْتُذِى).