September 16, 2022
Jangan cakap يا الأستاذ ! Cakap يا أستاذ
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Partikel يا tidak akan hadir sebagai partikel seruan ke atas isim yang mempunyai alif lam KECUALI pada lafaz الله atau keperluan tertentu dalam syair.

Jadi kita tidak akan berkata seperti يا الشيخُ atau يا الأستاذُ, sebaliknya يا شيخُ atau يا أستاذُ. Dalam ilmu Nahu ia dipanggil منادى نكرة مقصودة. Ia isim nakirah, tapi merujuk kepada perujukan tertentu.

Jika kita menggunakan alif lam, seperti الشيخ atau الأستاذ, maka kita perlu buat sedikit tambahan selepas يا, iaitu أيها jika munada muzakkar dan أيتها jika munada muannath. Misalnya يا أيها الشيخ dan يا أيتها المرأة.

Hey awak !

يا رجلُ !

Ustaz !

يا أستاذُ !

Terima kasih ustaz

شكرا يا أستاذُ

Kata Ibn Malik :

وباضطرار خص جمع يا وأل**إلا مع الله ومحكي الجمل

والأكثر اللهم بالتعويض** وشذ يا اللهم في قريض

Hanya jika ada keperluan syair sahaja boleh dihimpunkan يا dan isim beralif lam, KECUALI dengan lafaz al-Jalalah (الله) dan jumlah hikayah.

Penggunaan kebanyakannya ialah اللهم (bukan يا الله) menggunakan pengganti, iaituّم. Penggunaan يا اللهم adalah syaz.

Jadi lepas ini saya harap tidak ada lagi yang menulis, شكرا يا الشيخ,   أشكرك يا الأستاذ. Tak perlu letak alif lam kalau guna يا. Kalau nak letak alif lam juga, guna يا أيها الشيخ atau أيها الشيخ.

Kongsikan Artikel Ini: