Ogos 10, 2022
Kalimah بُكْرَة
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Kalimah بُكْرَة adalah zorof zaman bermaksud “awal pagi”. Misalnya firman Allah s.w.t :

وَلَقَدْ صَبَّحَهُم بُكْرَةً عَذَابٌ مُّسْتَقِرٌّ : القمر : 38

“Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).”

2. Dalam ayat di atas disebut صَبَّحَهُمْ “datang ke atas mereka pada pagi hari”. Waktu pagi agak luas tempohnya lalu didatangkan kalimah بُكْرَة bertujuan mengkhususkannya kepada awal pagi.

3. Kalimah بُكْرَة ini jika dilihat dari sudut ia adalah kata nama khas kepada masa awal pagi, maka ia adalah isim la yansorif. Sebab ia menjadi isim la yansorif adalah wujudnya dua illah, pertama العلمية dan kedua التأنيث. Oleh sebab itu dalam qiraat Zaid bin Ali, kalimah بكرة dalam ayat di atas dibaca tanpa tanwin.

4. Dalam bahasa dialek, kalimah بُكْرَة secara meluas digunakan untuk maksud “esok”. Semua yang pernah belajar di negara Arab akan tahu bahawa بكرة bermaksud غَدًا (esok). Tambahan jika pernah ada pengalaman disergah penjaga kaunter “bukrah!!” setelah beratur panjang. 😄

5. Frasa عذاب مستقر dalam ayat di atas bermaksud azab yang bertalu-talu tanpa henti. Bayangkan azab bertalu-talu dan bertubi-tubi itu datang seoalah-oleh menerkam pada awal pagi ketika manusia sedang merancang apa yang ingin dilakukannya pada pagi itu.

Kongsikan Artikel Ini: