Mengapa di dalam surah al-Fath terdapat هاء الضمير yang dibaca dengan baris dhammah walaupun kedudukan adalah selepas ya’ sukun? Ayat yang dimaksudkan ialah :
وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيه أَجْرًا عَظِيمًا
Lihat pada عَلَيْهُ الله ; bukan عَلَيْهِ الله . Mengapa begitu?
JAWAPAN :
Pada umumnya ha’ dhamir (هُ) akan sentiasa berbaris dhammah kecuali dalam dua keadaan di mana ia akan diletakkan baris kasrah. Pertama apabila ia berada selepas ya’ sukun, seperti عَلَيْهِ , إِلَيْهِ , أَعْطَانِيهِ dan sebagainya. Kedua apabila ia berada selepas huruf berbaris kasrah, seperti بِهِ, أَعْطِهِ dsb.
Namun begitu terdapat satu lughah (لغة), iaitu lughah al-Hijaz di mana dhamir ha’ tersebut sentiasa berbaris dhammah dalam semua keadaan. Contohnya مِنْهُ, لَهُ, فِيهُ, عَلَيْهُ, إِلَيْهُ , وما أنسانيه إلا الشيطانdll. Adakah al-Quran menggunakan lughah ini? Tidak. Pada dasarnya dalam perkara ini al-Quran sejajar dengan lughah yang menetapkan bahawa ha’ dhamir akan sentiasa berbaris dhammah kecuali dalam dua keadaan tersebut, di mana di situ ia dibaruskan kasrah. Contohnya إِلَيْهِ يَصْعَدُ, عَاهِدُوا الله عَلَيْهِ dll.
Persolannya sekarang mengapa dalam ayat ini dipilih lughah hijaz ini? Bila ada persoalan maka ada lah jawapannya. Antara jawapan yang dikemukakan ialah untuk mengelak daripada huruf lam lafzul jalalah (الله) dibaca nipis. Dengan meletakkan baris dhammah pada ha’ dhamir, maka dengan tersendirinya huruf lam lafzul jalalah (الله) akan dibaca tebal. Cuba sebut sendiri, عَلَيْهِ الله dan عَلَيهُ الله. Yang mana tebal dan yang mana nipis?
Mengapa perlu ditebalkan bacaannya di sini? Jawab mereka (semata-mata ijtihad) kerana ingin menunjukkan betapa besarnya situasi ayat tersebut, iaitu tentang perjanjian. Qiraat ini adalah qiraat Hafas yang diriwayatkan daripada Asim. Adapun qiraat yang lain, ia dibaca عَلَيْهِ dengan mengikut kaedah tadi. Saya harap saya telah menjawap soalan yang diajukan.