1. Dalam ilmu Nahu gejala ini dipanggil منصُوب على نَزْع الخافض atau منصوب بإسقاط الخافض. Contohnya :
…فارفَعْ بضَمٍّ وانصبَنْ فتْحًا وجرّ # كسرًا
“Rafa’kanlah dengan dhomah, nasobkanlah dengan fathah dan jarkanlah dengan kasrah…”
Kalimah فتْحًا dan كسْرًا mansub disebabkan huruf jar digugurkan. Asalnya ialah وانصبَنْ بِفَتْحٍ وجرَّ بِكَسْرٍ.
2. Persoalannya kenapa mansub ? Adakah hanya kerana huruf jar digugurkan maka ia terus mansub?
JAWAPAN : Ia mansub disebabkan fi’il yang asalnya adalah muta’llaq huruf jar tersebut, bukan semata-mata kerana pengguguran huruf jar. Dalam contoh di atas fi’ilnya adalah انصبَنْ dan جُرَّ.
Tabiat fi’il secara umumnya adalah setelah ia memarfu’kan fail ia akan mencari sesuatu untuk dimansubkan sama ada sebagai maful bihi, hal, maf’ul fihi, maf’ul mutlaq atau dll.
Jadi memandangkan huruf jar sudah tiada, maka isim yang terdapat selepas fi’il itu dihukumkan mansub atas perkiraan tabiat fi’il tadi, iaitu selalu mencari sesuatu untuk dimansubkan selepas memarfu’kan fa’il.
3. Berhubung perkara ini suka saya kongsikan kenyataan Ibn Hisyam rahimahullah ta’ala dalam risalah beliau المسائل السفرِيَّة. Kata beliau :
أن سقوط الخافض لا يقتضي النصب من حيث هو سقوط خافض بل من حيث أن العامل الذي كان الجار متعلقا به لما زال من اللفظ ظهور أثره لزوال ما كان الخافض يعارضه نصب
4. Terdapat dua asas mustahak yang perlu dikuasai terlebih dahulu untuk memahami apa yang saya kongsikan ini. Pertama berkaitan syarat-syarat pengguguran huruf jar dan kedua berkaitan awamil fadhlah (عوامل الفَضلَة).
5. Ini adalah perbahasan تعليلات نحوية yang kepentingan tidak terlalu mendesak di peringkan awal pembelajaran ilmu Nahu. Tapi saya sengaja kongsikan agar rakan-rakan terbiasa dengan perbahasan-perbahasan ilmu Nahu seperti ini.