Mac 29, 2024
Konjugasi Kata Kerja
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Konjugasi kata kerja adalah perkara yang perlu dikuasai oleh penuntut bahasa Arab. Penguasaan ini mesti meliputi sekurang-kurangnya 6 jenis fi’il, iaitu Fi’il Salim, Fi’il Mudho’af, Fi’il Mahmuz, Fi’il Mithal,  Fi’il Ajwaf dan Fi’il Naqis dan juga turut melibatkan kesemua jenis fi’il dari sudut bilangan huruf. Maksudnya fi’il thulathi, ruba’ie, khumasi dan sudasi.

Dalam KBA Telegram ALJAHIZ, latihan ini boleh dikatakan ada di dalam hampir setiap pelajaran. Peserta perlu isi ruang kosong seperti gambar di bawah dulu sebelum beralih kepada latihan bina ayat bahasa Arab, latihan terjemahan (pel. 50 ke atas), latihan i’rab (pel. 50 ke atas), latihan tadabur al-quran (pel. 85 ke atas).

Perubahan kata ini saya tekannya sedari bulan pertama lagi. Lenguh jari dibuatnya. 😄 Tapi itu lah, jika tak lalui latihan ini, kita akan berdepan banyak masalah di kemudian hari.

Kita tak tahu isim fail untuk دل يدل, isim maf’ul untuk قضى يقضي, kita tak tahu apakah masdar استبد. Kita tertanya kenapa تدخل أحمد, bukankah Ahmad itu muzakkar. Kenapa تدخل, bukan يدخل. Banyaklah masalah yang akan kita hadapi sedangkan perkara ini sangat mudah difahami, boleh dilatih dengan mudah. Ada caranya. Kita tak perlu belajar lagi I’lal dan Ibdal untuk kuasai aspek ini.

Ini adalah contoh aspek sorof yang terdapat dalam silibus KBA Telegram ALJAHIZ. Siapa yang nak join pengambilan April, sila whatsapp ke no 0183284218.

(Gambar di bawah adalah jawapan Puan Zalina. Guru bersara yang tidak pernah belajar bahasa Arab. Tapi latihan binaan ayat Arabnya, MasyaAllah).

Kongsikan Artikel Ini: