November 5, 2023
Nota Bahasa Arab | Maksud dan cara menggunakan perkataan رَيْثَ
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

[Sementara] dalam ayat seperti “Tunggu sementara kawan kamu datang.”

رَيْثَ

ATURAN PENGGUNAAN:

1. Ia mesti disusuli oleh fi’il atau dengan kata lain, jumlah fi’liyyah. Contohnya انْتَظِرْ رَيْثَ يَحْضُرُ صَدِيقُكَ. Kita tidak boleh berkata, انْتَظِرْ رَيْثَ صَدِيقُكَ يَحْضُرُ.

2. Ia boleh dihubungkan terus dengan fi’il selepasnya seperti contoh di atas ATAU dipisahkan dengan ما المصدرية atau أن المصدرية. Contohnya انْتَظِرْ رَيْثَمَا يَحْضُرُ صَدِيقُكَ atau انْتَظِرْ رَيْثَ أَنْ يَحْضُرَ صَدِيقُكَ.

3. Dari segi perujukan masa, ayat selepasnya tidak terikat dengan masa lepas atau masa hadapan. Contoh masa hadapan adalah انْتَظِرْنِي رَيْثَ أَجِيءُ [Tunggu aku sementara aku datang] atau masa lepas seperti انْتَظَرْتُهُ رَيْثَ أَنْهَى عَمَلَهُ [Aku menunggunya sementara dia siapkan kerjanya].

4. Dari sudut I’rab, ia bergantung kepada fi’il selepasnya. Jika fi’il itu mabni, seperti fi’il madhi maka رَيْثَ dikira mabni. Contohnya:

انْتَظَرْتُ خَالِدًا رَيْثَ كَتَبَ الرِّسَالَةَ

رَيْثَ : ظرف زمان مبنيّ على الفتح في محل نصب مفعول فيه وهو مضاف والجملة “كَتَبَ الرسَالة” في محل جر مُضَاف إليه.

Sebaliknya jika fi’il selepasnya adalah fi’il mu’rab, seperti fi’il mudhari’ maka ia di’irab mu’rab. Contohnya:

انتظِرْنِي رَيثَ أَصِلُ

.رَيْثَ : ظرف زمان منصوب على أنّه مفعول فيه وهو مضَاف والجملة “أصل” في محل جر مضاف إليه

5. Berhubung ما pada ريثما pula, ia adalah حرف مصدري yang tidak ada mempunyai sebarang kedudukan dalam sistem I’rab. Kita kata:

ما : حرف مصدري لا محل له من الإعراب

Di pihak lain, ada pengkaji Nahu melihat ريثما sebagai sebuah perkataan, lalu mereka mengatakan bahawa ia mabni atas baris sukun.

Kongsikan Artikel Ini: