September 25, 2023
Nota I’rab | Bagaimana tanda mabni fi’il amar دُقَّ dijelaskan dalam i’rab?
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

1. Caranya antara lain adalah seperti berikut :

دق : فِعْلُ أَمْرٍ مَبنِيٌّ على سُكُونٍ مُقَدَّرٍ، مَنَعَ مِنْ ظُهُورِهِ حَرَكةُ التَّخَلُّصِ مِنْ التِقاءِ الساكِنَيْنِ وهي الفَتْحَةُ والأصل دُقْقْ

Atau

مَنَعَ من ظُهُورِهِ اشْتِغالُ المحَلِّ بِحَرَكةِ التخلص من التقاء الساكنين / على سكُونٍ فَحُرِّكَ تخلصًا من / للتخلص مِن

Kalimah دُقَّ adalah fiil amar mabni dan tanda bina’nya adalah sukun yang diandaikan. Sukun ini tidak dapat dijelmakan kerana terhalang oleh baris fathah di atas huruf د yang didatangkan untuk mengelak daripada pertembungan dua sukun.

2. Sebelum kemunculan baris fathah, دُقَّ berbunyi دُقْقْ. Kemudian دُقْقَ dan seterusnya diidghamkan. Maka jadilah دُقَّ.

3. Sama juga seperti لَمْ يَدُقَّ dan seumpamanya di mana i’rabnya sama seperti yang disebut tadi. Kita kata:

لم يَدُقَّ : فِعلٌ مضارعٌ مجزومٌ بِلمْ وعلامة جزمِهِ سكونٌ مَقَدَّرٌ على آخِرِهِ ، منع من ظهورها حركةُ التخلص من التقاء الساكنين وهي الفتحة والأصْلُ لم يَدُقْقْ

4. Kecuali jika kita leraikan (فك الإدغام) dua huruf yang sama itu seperti اُدْقُقْ atau لم يَدْقُقْ. Ketika ini sukunnya bukan lagi diandaikan, sebaliknya benar-benar dibunyikan. Dalam keadaan ini tidak timbul lagi cara i’rab di atas.

5. Berhubung sukun dalam perkara 1 di atas, sebahagian ulamak Nahu tidak menganggapnya مُقَدَّر kerana bagi mereka fenomena huruf kedua dibariskan disebabkan oleh pertemuan dua sukun tidak termasuk dalam i’rab taqdiri الإعراب التقديري. Pada mereka i’rab taqdiri hanya pada huruf alif (التعذر), huruf ya’ atau waw ketika rafa’ dan jar (الثقل), berhubung dengan ya’ mutakallim (اشتغال المحل بحركة المناسبة) dan dalam bab hikayah (اشتغال المحل بحركة الحكاية).

Bagi mereka اشتِغال المَحَلّ بحركة التخلص منرالتقاء الساكنين tidak membuatkan baris atas menjadi مقدر. Semua ini khilaf disebabkan perbezaan sudut pandangan sahaja. Jadi pada mereka irabnya adalah:

على سكونٍ ظاهرٍ على آخِرِهِ المُحَرَّكِ فتحَةً للتخلص من التقاء الساكنين

Kongsikan Artikel Ini: