Disember 30, 2023
Pengarang kitab | SAMA TAPI TAK SAMA
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

  1. Al-Jurjani

Jika merujuk kepada pengarang kitab أسرار البلاغة, دلائل الإعجاز , العوامل المائة atau المقتصد maka ia adalah عبد القاهر الجرجاني (w:471H). Jika ia adalah pengarang kitab-kitab seperti التعريفات atau نحو مير maka ia adalah الشريف الجرجاني (w:816h). Ada lagi nama-nama lain seperti عبد الله بن يوسف الجرجاني (w:489) pengarang kitab علة الحديث المسلسل في يوم العيدين dan القاضي الجرجاني (w: 392) pengarang الوساطة بين المتنبي وخصومه. Tapi yang paling mustahak adalah dua di atas, iaitu عبد القاهر الجرجاني dan الشريف الجرجاني kerana kitab-kitab mereka berdua sering dirujuk oleh kebanyak penuntut ilmu.

 

  1. Ibn al-Athir

Jika merujuk kepada pengarang kitab أُسْد الغابة, اللباب atau الكامل في التاريخ maka ia adalah عز الدين ابن الأثير (w: 630h). Jika ia adalah pengarang kitab البديع في العربية atau النهاية في غريب الحديث والأثر makai a adalah مَجْد الدين ابن الأثير (w: 606h). Adapun pengarang kitab terkenal dalam kalangan penuntut bidang bahasa Arab, iaitu المَثَل السَّائر في أدب الكاتب والشاعر namanya adalah ضياء الدين ابن الأثير (w:637h) yang dikenali dengan panggilan ابن الأثير الكاتب. Mereka bertika ini adalah adik beradik.

 

  1. Ibn Kathir

Pengarang tafsir ابن كثير, البداية والنهاية, الباعث الحثيث, قصص الأنبياء dll namanya ialah أبو الفداء بن إسماعيل الدمشقي (w:772). Ibn Kathir yang menjadi sebutan penuntut ilmu Qiraat pula adalah individu lain, iaitu ابن كثير المكي (w:120h), salah seorang imam qiraat. Ibn Kathir yang disebut-sebut oleh penuntut ilmu hadis ketika membicarakan tentang kitab Muwatto’ Imam Malik pula orang lain, iaitu يحي بن يحي بن كثير الليْثِيّ (w:234h). Banyak lagi ulamak lain yang mempunyai kunyah ابن كثير tapi cukup tiga individu ini menerusi perkongsian pendek ini.

 

  1. al-Darimi

Al-Darimi yang disebut-sebut oleh kebanyakan kita merujuk kepada pengarang kitab سُنَن الدَّارِمي / مسند الدارمي iaitu أبو محمد الدارمي (w:255h). Jika merujuk kepada pengarang kitab الردعلى الجهمية atau نقض الدارمي على المريسي ia adalah أبو سعيد عثمان الدارمي السجستاني (w:280h).

 

  1. Ibn Hajar

Pengarang فتح الباري, الإصابة, تقريب التهذيب dan banyak lagi dalam bidang hadis ialah ابن حجر العسقلاني (w:852h). Adapun pengarang kitab masyhur dalam fiqh syafie, iaitu تحفة المحتاج ia adalah ابن حجر الهيتمي (w:974h). Tapi jangan tersilap dengan pengarang kitab مَجْمَع الزَّوائد. Beliau adalah نور الدِّين الهَيْثَمِي (w:807h).

 

  1. al-Ghazali

Imam al-Ghazali pengarang kitab إحياء علوم الدين, الاقتصاد, المستصفى dalam usul fiqh itu adalah أبو حامد الغزالي (w:505h). Adapun ulama Azhar terkenal, pengaran kitab السنة النبوية بين أهل الفقه وأهل الحديث maka ia adalah محمد الغزالي (w:1416h).

 

  1. Abu Hayyan

Pengarang kita Nahu besar التذييل والتكميل, ارتشاف الضَّرَب, kitab tafsir البحر المحيط, النهر الماد dll itu ialah أبو حيان الغرناطي الأندلسي (w:745h). Adapun Abu Hayyan pengarang kitab sastera yang amat dekat di hati pencinta sastera Arab, iaitu الإمتاع والمؤانسة beliau ialah أبو حيان التوحيدي (w:400h).

 

  1. Mahmud Syakir

Tokoh ikutan dalam bidang kesusasteraan Arab, pentahqiq ulung dan pengarang kitab المتنبي, القوس العذراء dll itu ialah أبو فِهر محمود شاكر (w:1418h). Abangnya ialah أبو الأشبال أحمد شاكر (w:1377h) pengarang dan pentahqiq tersohor. Seorang lagi ulamak yang berkongsi nama yang sama ialah أبو أسامة محمود شاكر (w:1436h), sejarawan yang terkenal, iaitu pengarang kitab التاريخ الإسلامي dll.

Cukup sekadar ini dahulu dalam perkongsian ini. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi di masa lain.

Kongsikan Artikel Ini: