Februari 22, 2023
Penggunaan عسى untuk menerangkan tindakan, kejadian dan keadaan yang telah berlaku.
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Pada dasarnya perkataan عسى digunakan untuk menerangkan sesuatu yang belum lagi berlaku ketika ayat diucapkan. Contohnya :

عَسى أن ينجح صديقك

Harap-harap kawan kamu lulus.

.

Kata al-Farra’ (w:207M) di dalam kitabnya Ma’ani al-Quran:

عسى وإن كان لفظها على فَعَلَ فإنها لمستقبل.

“Meskipun perkataan عسى berbongkah فَعَلَ (Fi’il Madhi), tapi perujukan masanya adalah kala hadapan.”

.

Baik. Itu adalah ketetapan asas berhubung penggunaan fi’il عسى. Sekarang persoalan yang timbul adalah bagaimana pula dengan ayat seperti “Harap-harap abang kamu telah pun sampai”? Bagaimana jika kita ingin menggunakan عسى dalam ayat seperti ini? Adakah Kita boleh menggunakan عسى untuk memberi maksud “Harap-harap” memandangkan ada unsur masa lepas di situ?

.

JAWAPAN :

Boleh dengan syarat kita perlu menggunakan Fi’il Madhi Berpasangan يكون قد فعل selepas عسى tersebut. [Istilah yang Saya gunakan dalam buku saya Binaan Ayat Bahasa Arab]. Jadi kita kata :

عسى أن يكون أخوك قد وصل

Harap-harap abang kamu telahpun sampai.

.

Kita tidak boleh menggunakan ayat seperti عسى أخوك قد وصل atau عسى أخوك وصل. Ayat ini salah.

.

Fi’il Madhi Berpasangan يكون قد فعل mesti digunakan di sini. Kata al-Farra’ di dalam Ma’ani al-Quran 1/66:

فلا يجوز عسى قد قام ولا عسى قام ولا كاد قد قام ولا كاد قام لأن ما بعدهما لا يكون ماضيا فإن جئت ب(يكون) مع (عسى) و(كاد) صلح ذلك فقلت عسى أن يكون قد ذهب.

Contoh lain :

1. Harap-harap berita itu telah pun sampai kepada mereka.

عسى أن يكونوا قد بلغهم الخبر.

2. Harap-harap mereka semua telah pun dibebaskan.

عسى أن يكونوا قد أطلق سراحهم.

Kongsikan Artikel Ini: