Ogos 7, 2023
Serahkan busur itu kepada pembuatnya
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Nota bahasa Arab

أَعْطِ القَوسَ بَارِيَها

Serahkan busur kepada tukangnya.

Maksudnya bila nak serahkan sesuatu tugasan, pastikan tugasan tersebut diserahkan kepada orang yang mahir dan berkelayakan dan juga bermaksud kalau tak pandai, serahkan kepada orang lain yang lebih pandai.

Peribahasa ini boleh digunakan untuk memberi nasihat agar pilih orang yang tepat jika nak suruh lakukan sesuatu atau boleh juga gunakannya untuk berseloroh. Misalnya kita nak tawarkan bantuan kepada seseorang yang tak pernah pegang sepanar tapi cuba baiki basikal anaknya yang rosak. Sambil mencapai sepanar, kita pun cakaplah peribahasa di atas. Macam kita kata, “Serahkan pada yang pakar”.😊

Peribahasa ini berasal daripada sebuah bait syair yang berbunyi:

يا بارِيَ القَوسِ بَرْيًا ليس يُحسِنُه #

لا تَظْلِمِ القوسَ أَعْطِ القوسَ بارِيَها

“Hey kamu yang tidak mahir membuat busur, jangan zalimi busur! Serahkan busur itu kepada tukangnya.”

Kenapa dikatakan, “jangan zalimi busur!” Sebab nanti busur itu yang akan dicerca kononya sial dsb. Padahal masalahnya adalah pembuat busur itu yang tak mahir. Jadi serahkan kepada yang mahir.

Kongsikan Artikel Ini: