Berasa kekok untuk menggunakan perkataan الأرض kerana sudah terbiasa dengan terjemahan ‘BUMI’.
Padahal selain ‘BUMI’ ia juga bermaksud ‘LANTAI’ dan ‘TANAH’.
جَلَسْنَا عَلَى الأَرْضِ
Kami duduk di atas lantai.
أرْض زِرَاعِيَّة
Tanah pertanian
هَذِهِ أَرْضِي
Ini tanahku.
Terbiasa dengan terjemahan ‘MANUSIA’ untuk perkataan الناس. Kesannya ialah berasa kekok untuk menggunakan ayat seperti:
بَدَأَ النَّاسُ يَتَكَلَّمُونَ فِيهِ
Orang ramai mula memperkatakan tentangnya.
النَّاس يَعْرفُونكَ
Orang kenal engkau.
Oleh itu, sejak dari awal lagi kita kena membiasakan diri dengan kepelbagaian maksud yang dibawa oleh sesuatu perkataan bahasa Arab. Jadi sejak hari pertama mendengar perkataan الناس kita mesti tahu yang ia bermaksud ‘MANUSIA’, ‘orang’ dan ‘ORANG RAMAI’ dll.
.
Contoh lain ialah قال. Terbiasa dengan terjemahan ‘BERKATA’, padahal ia juga apabila dihubungkan dengan ل akan membawa maksud ‘MEMBERITAHU’.
قُلْتُ لَهُ
Selain bermaksud ‘Aku berkata kepadanya’, ia juga bermaksud ‘Aku memberitahunya’.
Semua tahu bahawa perkataan جميل (jamil) bermaksud cantik. Tapi bukan semua orang tahu yang perkataan جميل juga bermaksud ‘Jasa baik / Budi’. Contohnya:
أنا لا أنسى جميله أبدا
Saya tidak lupakan jasa baiknya / jasanya sampai bila-bila.
ناكر الجميل
Orang yang tidak kenang budi.
لست أنكر جميله، ولكن …
Aku bukan tak kenang jasanya / menafikan jasa baiknya, tapi …
NASIHAT SAYA IALAH :
Jika anda masih mempunyai masa luang yang tidak terisi, anda boleh lakukan perkara ini. Ambil sebarang perkataan yang sudah sedia ada di dalam kamus diri, kemudian kaji perkataan tersebut dari sudut sejauh mana ia dapat berfungsi. Misalnya perkataan عمل. Perkataan ini kita sudah tahu makna dan cara menggunakannya. Kita tahu untuk berkata مَاذَا تَعْمَلُ؟ “Apa yang kamu sedang buat?”. Kita tahu maksudnya ialah “buat”.
Kita juga tahu ia juga membawa maksud “berkerja”. Kita kata, أبْحَث عَن العَمَل “Saya mencari kerja”. Jadi sekarang kita sudah tahu maksud perkataan عَمل ialah “buat” dan “kerja”.
Tiba-tiba kita terbaca sepotong ayat berbunyi, هَذِهِ الساعة لا تَعْمَل. Ah, ketika ini adakah maksudnya “kerja” atau “buat”. Bolehkah kita terjemah, “Jam ini tidak berkerja” atau “tidak buat”. Janggal bunyinya. Maka ketika ini kita cuba selidiki apakah makna-makna lain yang boleh didukung oleh perkataan عمل ini. Maksudnya sejauh manakah perkataan عمل ini berfungsi.
Jadi bila kita buat carian di dalam kamus, kita menjumpai yang perkataan عمل juga bermaksud ‘berfungsi’. Jadi maksudnya ialah “Jam itu tidak berfungsi”. Bila kita terus mencari lagi, ohh.. baru kita tahu ia juga bermaksud “dalam melaksanakan … (in execution of …) menurut (in pursuance of…), mengikut (according to…). Contohnya عملا بالقانون ; “menurut undang-undang”.
Bukan setakat itu sahaja, malah perkataan عمل juga membawa maksud ‘hasil karya’. Misalnya أعماله الأدبية “hasil-hasil karya sasteranya”. Kita ada frasa الأعمال الكاملة yang bermaksud “Karya lengkap / kumpulan karya lengkap / kumpulan karya” (Kumpulan keseluruhan hasil sastera seseorang anak seni). Contohnya kita kata الأعمال الكاملة لعبد الله منشي “Karya lengkap Abdullah Munsyi”.
Dengan terus menyelidik dan mengkaji, kita dapat tahu yang perkataan عمل lebih kepada maksud “membuat”, bukan “melakukan”. Misalnya “cara membuat Kabsah”. Kita kata طريقة عمل الكبسة. Kita tidak boleh berkata طريقة فعل الكبسة. Kerana perkataan فعل lebih kepada “melakukan”. Bila kita lihat seseorang ingin memukul seseorang yg lain, kita kata لا تفعل “Jangan lakukan”. Kita tidak berkata لَا تعمل. Adakalanya kedua-duanya membawa maksud yang sama seperti عمل معصية dan فعل معصية. Kedua-duanya bermaksud “melakukan / membuat maksiat”. Saya tidak berhasrat menceritakan tentang perbezaan di antara عمل dan فعل di sini. Apa yg saya ingin katakan ialah kepentingan menyelidiki sesuatu perkataan dari sudut sejauh manakah ia berfungsi.
Caranya adalah dengan melihat kamus, membaca sambil membuat pengamatan, membuat carian google (tak kiralah mesin pencari apa pun, sama ada google, lycos, Yandex ka apa ka). Saya cadangkan http://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/ . Mengapa’almaany’ ini. Sebab ia mengumpulkan beberapa kamus terkenal seperti المعجم الوسيط، معجم اللغة العربية المعاصرة، معجم الغني، معجم الرائد، مختار الصحاح، لسان العرب dll. Kelebihannya adalah dengan membukanya, kita dapat tahu apakah keterangan perkataan tersebut berdasarkan berbagai-bagai sumber. Tak perlu cari satu satu kamus.