Antara kemahiran yang perlu dimiliki seseorang penterjemah ialah kemahiran pemilihan kata yang sesuai (diksi). Antara pemilihan kata yang kurang sesuai ialah menterjemahkan ‘tangan panjang’ sebagai طويل اليد . Perkara ini sangat bahaya kerana ungkapan طويل اليد ‘tangan panjang’ dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud. Pertama: mencuri. Kedua: pemurah.
Sama juga dengan ungkapan خفيف اليد, ia juga memberi dua maksud, pertama: seseorang yang mahir dalam pekerjaan. Kedua: pencuri.
Jadi tugas penterjemah ketika berdepan dengan situasi sebegini yang boleh mengakibatkan salah faham terhadap teks asal ialah berusaha mengelak daripada menggunakan perkataan polisemi (perkataan yang mempunyai banyak makna).