Jun 12, 2022
Ucapan Rendah Diri
Ditulis Oleh: Ashafizrol Ab Hamid

Dalam bahasa Arab kita mempunyai beberapa ucapan yang boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan dan rasa rendah diri ketika menerima sesuatu pujian. Contohnya guru memuji saya, “kamu memang yang terbaik

sejak dari dahulu lagi”. Saya jawab :-

هَذا لُطْفٌ مِنْكَ / هذا من لطفك

هذا مِنْ ذَوقِك / هذا من حُسْن ذوقك

هذا من كَرَمِك / هذا من رَقْيِ أخلاقك

Kita mempunyai dua pilihan ketika menggunakan ayat-ayat di atas, iaitu sama ada ucapkannya begitu sahaja atau memulakannya dengan ucapan terima kasih. Contohnya:

شكرا لك ، هذا مِنْ حُسْنِ ظَنِّكَ بِي

Ucapan-ucapan ini hampir sama dengan kebiasaan yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Misalnya dalam bahasa Inggeris kita kata, “Thank you, That’s so nice of you”, “It’s very kind / nice / sweet of you to say so”.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan ucapan yang dinisbbahkan kepada Abu Bakar radhiallah ‘anhu. Tapi ia agak formal, jarang digunakan dan kurang sesuai lebih-lebih lagi apabila yang memuji adalah orang yang lebih besar kedudukannya daripada kita. Kalau tak kena gaya, kedengaran macam syok sendiri dan menaikkan bulu roma pihak yang memuji. Ucapan tersebut ialah :

“Ya Allah, jadikan aku lebih baik dari sangkaan mereka, ampunkan daku apa yang mereka tidak tahu, dan jangan salahkan aku atas apa yang mereka kata”.

اللهم اجعلني خيرا مما يظنون واغفر لي ما لا يعلمون ولا تؤاخذني يما يقولون

Mungkin kita boleh ucapkannya secara perlahan dan dalam ucapan sehala seperti apabila pengerusi majlis sebelum itu ada memuji kita.

Kongsikan Artikel Ini: